Roti Kahwin/Kawin Semporna
Baru tahu kuih/roti ni tidak ada di mana-mana tempat lain. Uniknya, ia sedap dan sememangnya sedap. Menjadi tarikan utama warga Semporna yang meminatinya termasuklah saya. Kiranya, mewarisi minat mak untuk menjadikannya sebagai sarapan pagi. Bagi saya, ia sesuai untuk di makan pada bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, ia adalah roti sahaja macam roti paun gardenia tu, cuma di potong sedikit tebal dan berintikan kaya dan planta. Sebab itulah di panggil roti kawin.
Harga, pada mulanya saya beli tahun-tahun yang lepas ia hanya lebih kurang 70sen mcm tu. Namun, sekarang naik ke RM1.50. Mungkin disebabkan kesan kenaikan harga barang. Hehehheeee...
Ulasan
Catat Ulasan