Kes Tembak-Menembak Di Semporna (26/10/2014)

Kelmarin, semasa di Pulau Omadal menjalankan aktiviti. Pelik sebab abg Polis PGA di sana berpesan agar kita di kawasan pekan Semporna untuk lebih berhati-hati dan berwaspada. Sebab itu, aku masih keliru dan kurang jelas akan apa yang dia maksudkan.

Sehinggalah, kami sampai di darat pekan Semporna semula. Dikhabarkan tengah hari tersebut berlaku kes tembak-menembak antara polis dan pendatang/penjual syabu. Kejadian berlaku di kampung Bangau-Bangau berhampiran dengan kawasan Jeti Pelancongan Semporna.

Dalam kejadian, seorang mati ditembak selepas penjenayah cuba untuk melepaskan tembakan ke arah Polis Peronda mengakibatkan berbalas tembakan berlaku. Akhirnya, penjenayah itu tewas dan meninggal di tempat kejadian.


Sumber: Astro Awani

http://www.astroawani.com/news/show/komander-esscom-sahkan-berlaku-kejadian-tembak-menembak-di-semporna-pagi-tadi-46998

Dan juga sumber ini

http://www.astroawani.com/news/show/suspek-penjenayah-rentas-sempadan-ditembak-mati-di-semporna-47017

Ulasan

Catatan Popular