Luahan Hati Nelayan mengenai Tindakan ESSCOM Semporna

Tujuan saya bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa. Cuma perkongsian ini diharap agar mana-mana pihak dapat membuka mata dan memberi sinar baharu kepada mereka.


Nama: Man
Umur: 14 Tahun
Bangsa: Bajau Laut
Pekerjaan: Nelayan
Status: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak
Asal: Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum Semporna
Sekarang Menentap di Pulau Omadal, Semporna bersama makcik dia.
Fasih berbahasa Melayu

sedikit perkongsian antara saya dan beliau semasa Program Beach Clean Up di Pulau Omadal, 26 Oktober 2014 yang lepas.

 Kisahnya begini....

Akibat perintah berkurung yang telah dikeluarkan menyebabkan mereka sukar untuk keluar ke laut untuk memancing ikan. Biasalah nelayan yang hidupnya hanya tertumpu kepada sumber laut sahaja dan biasa turun laut pada sebelah malam. Akibat perintah tersebut, usaha mereka terhad untuk keluar memancing pada sebelah malam dan mustahil untuk mendapatkan hasil tangkapan pada sebelah siang. Dan, sumber pendapatannya juga berkurang.

Diringkaskan cerita, kejadian pada suatu malam itu bilamana (bertiga) mereka hendak ke Kg. Hidayat, Semporna bersebelahan dengan Singamata Resort. Dalam perjalanan, dia bersama bapaknya dan seorang sepupu baharu sahaj pulang dari Denawan. Setibanya, mereka ditahan oleh pihak peronda ESSCOM dan disoal siasat. Entah kenapa, si bapak dipukul pakai boot sehinggakan berdarah telinga manakala si man ni kena "Jepit" ibu jarinya menggunakan "player". Dalam selang masa itu, mereka diarahkan merendamkan badan di laut kemudian diikat selama 1 jam. Aku tidak tahu apa yang berlaku, kemudian mereka dilepaskan.

Apa yang mereka tidak tahu dan tidak faham adalah mengenai perintah berkurung itu sendiri. Al-maklumlah, orang miskin dan nelayan yang hidupnya hanya kepada laut sahaja memang tiada masa dan kemudahan untuk mendapatkan informasi sama ada melalui TV dan apa jua sumber sekali pun. Mereka tidak tahu apa itu perintah berkurung dan apa yang tidak boleh lakukan. Yang mereka faham hanyalah tidak boleh turun laut pada jam 7 malam - 6 pagi. Namun, kita sendiri boleh fikir. Macam manalah mereka hendak mendapatkan sumber laut jika pada siangan hasil kurang dan pada malamnya dilarang. Begitu jugalah dengan "Kulibu" kapal yang menangkap ikan. Tidak mustahillah jika harga Ikan semakin mahal sekarang.

Sedikit informasi rakyat marhean. Tolonglah fahami mereka, duduk berbincang bersama mereka. Jangan hanya fikirkan PEMBANGUNAN BELIA DI KAWASAN BANDAR TANPA MEMIKIRKAN MEREKA DI KAWASAN KEPULAUAN YANG MINORITI DAN TIDAK MUDAH MENDAPATKAN PERHATIAN LUAR. JAUH KETINGGALAN DARI KEMAJUAN KINI. KASIHAN MEREKA.

akhir kata, Saya minta maaf dengan Pihak ATM, PDRM, APMM,dan mana-mana pihak yang terlibat. Bukan tujuan saya untuk membuka pekung sesiapa cuma saya punya rasa kasihan kepada golongan nelayan kita yang sukar untuk turun ke laut mendapatkan hasil tuaian.

Ulasan

Catatan Popular