Cerita ku: Mengenai Prospek Tingkatan 6 – Kenapa dipertikaikan.
~Banyak Bah MULUT LONGKANG yang mengutuk Pelajar STPM~
Ya, aku merupakan bekas pelajar
tingkatan 6 dan pernah ambil STPM walaupun pointer tidaklah setinggi manapun.
Kalau ikutkat kelas, kelas dua bawah jak. Namun, Syukur kepada Allah. Dapat
juga masuk Universiti IMPIAN walaupun masih menganggur (ketika menulis coretan
ini la… katanya).
Sejak akhir-akhir ini, saban hari kian
ramai wujudnya “MULUT-MULUT LONGKANG” yang mengatakan pelajar tingkatan 6 ini
tiada pendirian, ikut-ikut kawan, tidak maw meluaskan pengalaman dan
pengetahuan, tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan sahabat, tidak mahu
mencabar diri, tidak standing dengan bebudak DIPLOMA (matrikulasi lain cerita
la), tidak punya cita-cita, kelas bawahan dan sebagainya seperti kawan-kawan
kamu MENGATA/MENGUTUK/MENGHANJENG dengan kamu la…
Aku… aku terima seadanya. Sebab
memasing punya IDEOLOGI /PENDAPAT /KONKLUSI masing-masing mengenai aspek yang
kita bual biacarakan iaitu KENAPA MEMILIH UNTUK BELAJAT DI TINGKATAN 6?
Terima kasihlah kepada MULUT-MULUT
LONGKANG kamu sebab kamu seperti MELUDAH KE LANGIT, JATUH HABIS MUKA KAMU BASAH
OLEH LUDAH SENDIRI… Tahniahlah… tiada PENDIRIAN Konon… macam kamu anak orang
kaya. Susah sangat ak STPM…? Iya memang susah sebab (Peperiksaan Ketiga
Tersusah di Asia Tenggara… kata CIKGU lah… tapi memang susah Skor pun
berbanding Degree Level)
Antara sebab-sebab kenapa aku memilih
untuk Meneruskan pengajian di Tingkatan 6 berbanding memilih untuk meneruskan
di peringkat Diploma (aku dapat POLITEKNIK K.K kos Perhotelan masa 2007 tu):
1) Aspek Kos Perbelanjaan
Kenapanya dengan Kos
Perbelanjaan…
Mula-mula sebelum
bertolak, beli tiket (sama ada bas atau kapal terbang) sudah memerlukan DUIT…
Mahu beli peralatan
dan kelengkapan secukupnya untuk digunapakai… sudah memerlukan DUIT…
Sesudahnya hendak
bertolak, dihantar ke stesen memerlukan DUIT…
Dalam perjalanan,
mahu makan minum… gunakan DUIT…
Sesampainya kaki ke
tempat dituju… sama ada naik kenderaan awam atau diambil oleh keluarga juga
memerlukan kos iaitu DUIT…
Dan, semasa tibanya
hari pendaftaran dan pembayaran YURAN. guna juga DUIT…
Sepanjang pengajian…
Pinjaman PTPTN/MARA untuk IPTA lebih kurang RM15000.00 mengikut kawan di
Politeknik dan IPTA lain… DUIT…
Lain cerita dengan
IPTS dan swasta yang lainnya… dengar kata bebudak MasterSkill lebih kurang
RM40000.00 tidak termasuk BUNGA mengikut yuran pengajian kakak sayalah… (boleh
bikin sambung study sampai PhD.).. DUIT…
Lain cerita yuran…
Makan Minum Karan Elektrik Tambang Belanjan Lain sepanjang 3Tahun pengajian dan
Tambang PulangBalik Kampung… guna DUIT…
Beli TopUp, belanja
BOYpriend… GUrlPriend… guna Duit..
Belum lagi kira
ongKos Internet Bulanan… guna DUIT juga bukan AIR…
Di Awal bulan
pertama menerima Pinjaman… Hidup Mewah macam DUnia Ana yang punya Shoping sana
Sana… lain cerita yang IKAT PERUT… DUIT oh DUIT.
Masuk Bulan ketiga
Keempat (sebab pengajian 1 semester dalam 4bulan kuliah dan bulan ke 5
peperiksaan.. bulan ke 6 Cuti Sem)… PALING IKAT PERUT joooooo kalau tiada sudah
itu PINJAMAN sama PAMA (Papa Mama) kirim… DUIT…
Kiralah berapa
ongKos sepanjang 3 tahun berbanding Pinjaman yang ada dan kiriman bulanan yang
PAMA kirimkan… mendingan…..
TINGKATAN 6… kalau
ndak tinggal asrama pun, paling2 ongkos RM3-5 sehari untuk tambang dan bekalan
ko DARAB 1bulan 20Hari Sekolah ko DARAB 5 bulan tidak termasuk cuti SABTU AHAD
dan cuti AM… berapa jak itu Kos?
Sama ka dengan
perbelanjaan ko di Diploma sana… lain cerita la pasal buku sebab dua-dua
keadaan ni pun memerlukan buku untuk study… Cuma maw bezakan YURAN dan
PERBELANJAAN harian.. FREE jak bah YURAN SEKOLAH sama YURAN PEPERIKSAAN tidak
macam kami dulu-dulu… bayar kertas soalan untuk peperiksaan… (paling last
membayar 2006 dan selepas itu semuanya free di sekolah kecuali bayar PIBG, Baju
Sukan dan Tali Leher serta Tanda Nama).
MANA LEBIH MURAH…
DIPLOMA KA TINGKATAN 6…?
Lain pulak ceritanya
kalau sambung IJazah Sarjan Muda… janji IPTA
2) Aspek MASA
Apa yang saya ingin
tekankan adalah melibatkan aspek masa pembelajaran sepanjang pengajian. Ketika
ini, calon STPM ada 1 tahun setengah yang bermaksud ada 3 semester sahaja dan 1
semester hanya 5bulan lebih pengajian sebelum peperiksaan semester pertama.
Cuba kamu bandingkan
dengan DIPLOMA… atau MATRIKULASI yang 2 tahun.? Mana lebih lama.. Diploma 3
tahun (6 semester [1 semester= 6bulan]) atau Matrikulasi 2 tahun bebanding
tingkatan 6 hanya ada 3 semester?
Kalau maw
dibandingkan dengan kehidupan di peringkat DIPLOMA, memang jauh bezanya tapi
fikirkanlah, kamu ambil DIPLOMA untuk apa? Mahu sambung pelajaran? Kenapa tidak
memilih tingkatan 6? Mahu nampak GEMPAK’S? silakan ndak salah ambil tingkatan
6… tidak LAYAK? Silap siapa masa SPM disuruh belajar bagus dan fokus dalam
kelas tapi ko pigi SKEP sana panjat pagar, tidak pigi sekolah sebaliknya
ponteng, pigi main CS, DOTA di Cybercafe…
DILPOMA = 3 tahun VS
T.6 = 1Tahun Setengah : Mana lebih singkat?
Kawan sama umur
sudah sambung Degree 1tahun kamu plak jadi JUNIORNya. Tu pun syukur kalau dapat
sambung IPTA mandingan IPTS… tapi tetap belajar juga kan… mana2 pun janji redha
ALLAH kita kejar…
3) Waktu Kuliah, Pakaian, Pergaulan dan Kebaikan
Sememangnya tidak
dinafikan masuk ke peringkat DIPLOMA kita sudah merasakan apa tu maksudnya
“CAMPUS LIFE”. Kita sudah tinggalkan sejarah “STUDENT LIFE” sebab sudah
bergelar MAHASISWA… waktu Kuliah pun 1 paper hanya ada 2 kali kelas dalam
seminggu. Pakaian bebas, pergaulan bebas dan jumpa semua jenis watak serta…
dapat ikut aktiviti-aktiviti di dalam mahupun luar kampus… itulah kehidupan
budak Diploma (Ijazah lain cerita)
Tidak dinafikan,
tingkatan 6 masih berbaju sekolah, sama-sama adik junior belajar dibangunan
yang sama, waktu kuliah pun sama datang jam 6.30 pagi balik jam 1 atau 1.30
petang… pergaulan masih dengan guru-guru sama, rakan seperjuangan yang sama dan
aktiviti sekolah yang sama… cumanya membezakan umur dan warna pakaian. Apa
kurangnya kami…?
Aku mahu simpulkan,
tingkatan 6 bukan sahaja mendidik kita untuk lebih berdikari tetapi mendidik
kita menjadi seorang pemimpin yang mampu memimpin adik-adik junior (manalah
tahu ada adik kandung sendiri di tingkatan bawah kan boleh ditunjuk ajar dan
dibimbing). Bergaul dengan rakan seperjuang aku rasa lagi bagus sebab kita
sudah kenal siapa kawan dan siapa lawan berbanding di peringkat DIPLOMA nanti
semuanya PLASTIK dan EGOISTIK yang hanya mahu mengambil kesempatan dikala kita
senang dan larikan diri dikala kita kesusahan. Seriously aku cakap, PLASTIKNya
semuanya… sudahlah COPYPASTE, Plagiat lagi… pemalas… lintah segalanya la bah…
bagus kalau POINTER tinggi kan… ini, sama jak dan adakala lebih teruk dari
budak tingkatan 6 la katanya…
Memang kita tidak
didekatkan dengan program2 seperti di peringkat Diploma, tapi dengan lamanya
kita di tingkatan 6 akan menambah dan memudahkan lagi untuk guru-guru kita
kenal kita, meminta bantuan dan adakalanya guru dengan pelajar ibarat kawan
berbanding yang awal BLAH dari sekolah… lebih rapat dan mesra gitu… tidak
dinafikan walaupun di peringkat Diploma ramai LECTURE yang kita boleh jumpa,
tetapi tidak sama seperti guru-guru kita di sekolah. Since tingkatan 1 kita
kenal dan sama-sama dengan kita. Lepas habis belajar dan datang sekolah masih
kenal kita… lecture? Ndak ramai begitu… dan tidak semua begitu.
4) Aspek TUGASAN
Saya ceritakan
sedikit, bezanya tingkatan 6 kami dulu berbanding sekarang yang mempunyai
tugasan PBS… berHUNTONGLAH jadi budak tingkatan 6 sekarang sebab sudah ada
BASIC dan tidak perlu belajar dan menghafal buku setebal 3inci yang ada 2 buah
setiap subjek… bila sambung Ijazah nanti, tidaklah seperti kami yang tergopoh
gapah mencari abg2 kakak2 senior untuk meminta ajar bagaimana untuk menulis
kerja kursus atau assignment, format macam mana, bentuk tulisan dan rangka
kerja macam mana, sumber rujukan macam mana… sebab, bila melaksanakan sesuatu
tugas PBS, semuanya sudah ada tunjuk ajar dan format untuk membuat dan
menyiapkannya… (tetapi ada segelintir yang masih tidak faham dan bersyukur
untuk masuk ke tingkatan 6,,,, kerna terpaksa kunun)… masih kurang jelas
syukurnya jadi tingkatan 6 sekarang?
Budak DIPLOMA untuk
pengetahuan, dia macam budak Ijazah … hampirlah kunun. Cuba bayangkan dalam 1
semester dorang kena ambil 5-6 subjek atau lebih. Setiap subjek ada yang
memerlukan pelajar menyiapkan tugasan atau assignment sebanyak 2-3-4 atau 5
tugasan… bayangkan kalau 5-6 subjek semuanya ada tugasan? Kiralah sendiri
berapa banyak tugasan… diingatkan tugasan itu adalah sama seperti PBS Cuma
membezakan adalah bentuk tugasan itu sama ada tugasan individu, berkumpulan,
artikel review, kerja luar, temubual, kajian lapangan ataupun sebaliknya.
Sukarkan bagi mereka.
Syukur bagi
adik-adik tingkatan 6, semester pertama hanya membaca tanpa tugasan PBS. Fokus
1 buku 1 subjek = 4 subejk 4 buku sahaja 1 semester. Sikitkan atau kamu masih
bilang banyak? Masuk semester 2 atau 3 baharulah ada PBS bagi tiap2 subjek
mengikut kehendak MPM… dan belum sentuh aspek MUET lagi. Huntonglah adik-adik
STPM sebab urusan pembayaran dan pendaftaran MUET pihak sekolah buatkan
berbanding DIPLOMA. Majority budak diploma akan mengambil MUET selepas tamat
DIPLOMA dan sebelum memohon Ijazah. Sukarkan, kena urus sendiri, ambil exam
sendiri2 di sekolah tumpangan lagi tu. Bebudak STPM ambil dengan kawan2,
diuruskan lagi, ada 2 kali dalam setiap tahun… part speaking boleh bantu2 kawan
sebab sudah tahu kedudukan candidate ke berapa… bandingan diploma, kena
speaking dengan orang lain yang pentingkan diri dan adakala tidak tahu apa
(macam saya diam jak masa speaking sebab teda mood)
Naaa… ndak lagi kamu
bersyukur…
5) Dewan Kuliah
Memanglah tingkatan
6 sama seperti tahun 1 sampai tingkatan 5 belajar dalam kelas. Tapi dewan
kuliah… kamu kena bergabung dengan ratusan pelajar untuk kursus Teras
Universiti (subjek wajib semua ambil) baharulah dapat duduk di kelas kuliah
dengan rakan seperjuangan kos (subjek kursus program) dan kena gabung dengan
orang lain untuk kursus elektif bebas… seperti kelas Bahasa
Berhuntong dapat
belajar di tingkatan 6 sebab guru dapat memberikan fokus kepada keperluan dan
masalah kita 100% berbanding di dewan kuliah yang ramai, LECTURE sukar fokus
kepada satu-satu pelajar. Mudah untuk kita mendekati dan tiada batas dengan
guru berbanding lecture. Dapat membuang masa dengan rakan-rakan sekelas
berbanding rakan sedewan kuliah… habis kuliah terus bla… tinggal kita sendiri2
p kantin makan…
Bayangkan sebesar
dewan tu… sudahlah bising, ada yang dan fokus, memang menganggu.
6) Alat Bantuan Mengajar
Aspek yang kurang
disentuh tapi boleh dikira penting. Walaupun dengan kecanggihan yang ada boleh
bawa laptop ke kelas dan dewan kuliah, belajar menggunakan power point dan
sebagainya, aku rasa cara belajar konvensional seperti penggunaan papan putih
dan marker pen lagi mudah kot.
Bukannya apa, leceh
maw guna walaupun maklumat mudah untuk sampai. Tapi bayangkanlah, sudahlah
dewan kuliah itu terlalu sejuk, mengganggu untuk fokus tambah mata ni bikin
mengantuk kena sejuk2… bagus lagi pakai kipas dan terbuka sebab udara segar
masuk daripada dalam dewan yang kena perap jak macam peti sejuk. Belum kira
lagi kalau mati karan, kuliah terus cancel, pelajar pun suka.
Kalau di sekolah,
diteruskan jak… ndak da alasan.
Belum sentuh lagi
kes kehadiran… pelajar IPT la paling kerap ponteng, minta kawan sain/tanda
tangan kehadiran… kalau pelajar sekolah… kena ambil bah kesian kehadiran pastu
kena tindakan surat amaran… tapi ndak kena buang la bandingan IPT, terus kena
Bar dan kena mengulang semula sem depan…
7) Aspek Pointer
STPM hampir sama
sudah dengan IPT dalam aspek mengulang semula peperiksaan jika gagal, tapi yang
bagusnya mudah untuk perbaiki pointer dan tidak perlu extend dan hadiri kelas,
hanya mengulang examnya jak…
Kalau DIPLOMA, GAGAL
jak atau bawah 1.99, terus kena tendang U. tiada kemaafan bagimu, kalau STPM
boleh lagi ada peluang maw memperbaiki. Yuran pun rm50 jak satu paper bandingan
IPT yang hampir2 ribu2 ringgit jugalah
sebab termasuk yuran pengajian lain. Teda istilah-istilah kena tendang kalau
pelajar STPM bandingan dia tendang dirinya untuk masuk DIPLOMA.
8) Makan, Minum, Tempat Tinggal dan Lain-Lain
Kalau STPM masih
tinggal dirumah atau asrama, pokoknya makan minum masih PAMA tanggung. Cuba
bayangkan pelajar Diploma, lapar jak balik kuliah makan restoran pakai DUIT
lagi… paling tidak pun balik hostel atau penginapan sewa kena masak lagi dulu,
penat-penat menambah penat lagi maw masak.
Bagus kalau roommate
baik hati, kalau pentingkan diri, bikin sakit hati, macam mahu bunuh diri….
Bilik kena kongsi
kalau hostel, mandi pun kena tunggu giliran masuk tandas, paling bikin sakit
hati, bagus-bagus tilam sudah dikemas sama itu ruang tamu, datang-datang jak
kawan bawak kawan-kawan dorang pigi kasi hambur… ndak kaw sakit hati…
Bayangkan kalau
dirumah… banyak rehat… semua sudah ada hanya diri kita jak tu buat atau tidak
buat jak… rajin atau malas jak maw usaha untuk Berjaya. Memang berdikari
bebudak Diploma untuk struggle hidup. Tapi lagi heaven jadi budak STPM (tapi aku
tinggal asram, hampir sama dengan budak DIPLOMA jugalah).
9) Pengangkutan
Cuba kamu fikir
budak STPM, kalau tinggal rumah mesti PAMA yang hantar paling tidak pun kamu
sewa kereta atau bas bulanan dan paling tidak pun tungu prebet atau bas
sekolah… mudah sikit.
Tapi bayangkan kalau
budak DIPLOMA, sem 1 oklah masih tinggal dalam kampus ada bas, tapikan… ada bas
pun kena BEREBUT jo… sampai main himpit2 ndak kira aurat dan pergaulan
touching2 segala janji dapat naik dan awal pigi kuliah. Jauh kan bezanya budak
Diploma sama STPM… kalau budak asrama dekat jak la jalan kaki jak… masuk sem 2
dan akhir, kena tinggal luar, kalau tunggu bas memang berkurun la baru sampai
kampus, terpaksalah naik motor atau kereta atau tumpang kawan… kos minyak lagi…
kos menumpang lagi… DUIT lagi…
Budak STPM… rileks…
10) Aspek RINDU RINDUAN
Almaklumlah,
bilamana berjauhan dengan ibubapa dan kekasih…opss… mesti merindu dan dirindui
kan… rileks jak budak STPM… hari-hari dapat menghadap muka PAMA dan cium tangan
sebelum ke sekolah… berkat sebelum melangkah mencari sesuap ilmu fardhu ain…
setia pada yang satu.
Bebudak Diploma…
bangun2 menghadap roommate yang punya 1001 perangai. Menunggu turn tandas maw
mandi, tiada sarapan disediakan, pakaian terumbang ambing segala, namun
sebaliknya aspek “couple”… lelaki lain ceritanya, sanggup pasang banyak2… kaki
perempuan dan yang dikampung dipura-pura sayang padahal selingkuh. Yang
wanitanya pula, jenis pisau cukur pun ada… jenis jual diri pun ada (kata si
kawan la) dan pelbagai ragam lagilah…
Belum sentuh aspek
pergaulan bebas dan pakaian mengikut trend semasa. Ada yang pakai tudung bila
sampai sana… terbang dan terbuka segalanya… Namun.
Secara konklusinya, apa yang saya ingin
katakan… kepada MULUT-MULUT LONGKANG di luar sana yang asyik
mengutuk/MENGHANJENG/menghina bebudak tingkatan 6, anda sangat SILAP dan
MEMFITNAH… sebab apa yang kamu kata semuanya itu berbalik pada diri kamu bila
di sana nanti… sememangnya jauh perjalanan luas pemandangan… tapi hasilnya,
banyak DUIT habis dan masa perjalanan terasa panjang. Bukan maw mengutuk atau
menghina pelajar DIPLOMA tidak kira la IPTA ka IPTS sama jak… tapi itulah
hakikatnya, masing-masing ingin mengejar dan menuntut ilmu. Untuk pendidikan
masa hadapan pada diri untuk kerjaya dan peluang untuk menyambungkan pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan, kalau
diberika peluang untuk belajar di tingkatan 6, teruskanlah dan jangan ada
perasaan “BLUR” dan dengar godaan-godaan luar, anasir anasir jahat yang
mengajak kepada PERUBAHAN CITA-CITA dan IMPIAN anda. akhir kata, rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t, sebaik mana kita, sebanyak mana kita study pun, Allah sudah tentukan perancangan yang terbaik untuk kita... Allahualam...
STPM… mengubah masa depan anda untuk
lebih mudak Memasuki Ijazah
STPM… calonya lebih didahulukan untuk
kemasukan Ijazah
STPM… sebelah kaki sudah melangkah
untuk Ijazah
STPM… jimat dari segala penjimatan yang
ada untuk meneruskan Ijazah
STPM… peluang lebih cerah untuk sambung
belajar ke tahap Ijazah
STPM… membantu anda untuk subjek MUET
yang merupakan pra-syarat Ijazah
STPM… tidak semudah DIPLOMA untuk terus
ke Ijazah
STPM… satu-satunya cara paling terbaik
menapaki Ijazah
STPM… bukan pembunuh tetapi penawar
Ijazah
STPM… jalan mudah menuju Ijazah.
“PESANAN ini KHAS ditujukan kepada
calon DIPLOMA yang sering MENGHANJENG dan MENGUTUK kawan-kawan dan pelajar
calon STPM yang lain untuk meruskan pengajian di TINGKATAN 6… tiada kena
mengena dengan semua calon DIPLOMA… mohon untuk DIFAHAMI bukan untuk
MENYAKITKAN DIRI DAN HATI DIRI sebab ia ditujukan hanya untuk PARASIT-PARASIT PEROSAK
SEMANGAT pelajar STPM”
~Harap Maklum… Sekian…~
Abg Bol’s.. bekas Pelajar STPM dan
sekarang Penganggur Ijazah Kehormat
Ulasan
Catat Ulasan