PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA, PART I)



Pada  15 Jun 2014 yang lepas, Jabatan Penerangan Malaysia Sabah telah menganjurkan pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri Sabah bagi tahun 2014. Seperti yang kita sedia maklum, ini adalah merupakan penganjuran kali ke-13 di negeri Sabah sepanjang penganjuran pertandingan tersebut. Walaupun, pada suatu ketika pertandingan ini sedikit tenggelam dan kurang mendapat sambutan ramai, pada penganjuran kali ini ia bolehlah dianggap sebagai suatu batu lonjatan dan terdapat beberapa bentuk pembaharuan yang dapat ditampilkan dalam memberikan kelainan dan penambahbaikan dalam penganjurannya. Salah satu aspek pembaharuan yang ditampilkan adalah melibatkan pertandingan yang boleh ditonton secara langsung melalui streaming dan internet sama ada di telefon bimbit mahupun PC. Ia boleh diklasifikasikan sebagai suatu pertandingan berbentuk rancangan televisyen yang lain seperti Raja Lawak mahupun pertandingan berbentuk nyayian lain seperti Akademi Fantasia dan lain-lain lagi.

Secara khususnya, Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia adalah berkisarkan suatu pertandingan yang mengkehendaki setiap kumpulan dan peserta untuk mengetengahkan cerita-cerita atau mengisahkan fakta dan sumber sejarah lepas mahupun yang terkini mengenai kisah kenegaraan yang berbentuk 1Malaysia dan tiada had penceritaannya selagi tidak menyentuh aspek-aspek negatif yang boleh membawa kepada kesalahan “menghasut” atau tujuan lainnya. Pengisahan yang dilakukan boleh dibuat sama ada dalam bentuk lakonan, sketsa, cerita pendek, pidato, sajak, syair, pantun dan apa jua bentuk penceritiaan yang mengetengahkan cerita kenegaraan. Dengan syarat-syarat tertentu, setiap kumpulan adalah minimum seramai 2 orang dan tidak lebih dari 3 orang serta had umur peserta adalah meliputi umur 18-45 tahun yang boleh menyertainya. Manakala had masa persembahan adalah ditetapkan selama 15minit maksimum. Dengan syarat yang lain, mana-mana individu atau kumpulan yang pernah menyertai Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia sehingga ke peringkat Kebangsaan adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk menyertainya dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Ini adalah bagi membuka ruang dan peluang kepada invididu lain untuk menyertai dan mengembangkan bakat-bakat mereka.


Bagi peringkat negeri Sabah, ia dibahagikan kepada 6 bahagian utama iaitu melibatkan bahagian Tawau (Zon Tenggara: Semporna, Tawau, Kunak, Lahad Datu), bahagian Sandakan (Zon Timur), bahagian Pantai Barat Utara (Pitas, Kudat, Kota Belud, Kota Merudu, Paitan dan sekitarnya), bahagian Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang dan sekitarnya), bahagian Pedalaman Atas (Beufort, Papar, Kinarut, Kuala Penyu, Membakut, Sipitang dan sekitarnya) dan bahagian Pedalaman Bawah (Keningau, Tambunan, Sook, Tenom, Pensiangan dan sekitarnya). Pada peringkat bahagian, setiap daerah yang terdapat Pejabat Penerangan Daerah akan menghantar setiap wakil kumpulan untuk bertanding dan kemudian, juara akan mewakili setiap bahagian untuk bertanding di peringkat negeri bagi mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.

Sepanjang penglibatan saya dalam Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia adalah bermula sejak tahun 2012 dan pada ketika itu, seorang kawan Amsalib bin Pisalib yang merupakan wakil negeri Sabah pada tahun 2012 ketika itu mengajak untuk menyertai kumpulan mereka iaitu wakil Semporna yang mewakili bahagian Tawau ke peringkat negeri. Namun, disebabkan kekangan masa dan pada ketika itu saya masih belajar di UUM, Sintok Kedah saya terpaksa menolaknya. Apapun, kisah 2012 adalah titik tolak kepada saya untuk mengetahui kisah pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia ini anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Sehingga ke hari ini, saya masih mengikuti perkembangannya dan syukur Alhamdulillah, walaupun aku masih tidak berpeluang untuk menyertainya, kumpulan yang saya pujuk untuk menyertai, bentuk, didik, berikan bantuan dan iring sehingga ke peringkat negeri dan Johan serta bakal mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan pada bulan September nanti diberikan peluang dan ruang untuk lebih mendalami pertandingan ini. Mungkin… tahun hadapan akan menjadi wakil daerah, in shaa Allah. Dengan izin…

p/s: maaf kalau saya silap fakta, kalau maw fakta lebih benar... tanya Pejabat Penerangan terdekat dgn anda

Ulasan

Catatan Popular