Program Kembara Kerjaya Sabah, sedikit mengecewakan di daerah Semporna.
Macam gempak namun hakikatnya sangat teruk...
Gambar diambil dari wechat jadi kurang jelas.
Semporna, 13 Mei - Program Kembara Kerjaya Sabah 2015 Konvoi Kembara Kerjaya, Karnival Pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia telah dijalankan mengikut jadual yang telah dinyatakan seperti dalam gambar. Pada hari ini sedang berlangsungnya karnival pekerjaan bagi daerah Semporna. Program yang dijadualkan bermula pada 11 Mei dan akan berakhir pada 15 Mei 2015 di Sandakan, Sabah. Program yang menjanjikan peluang pekerjaan dan temuduga yang dijalankan secara terbuka mampu menarik lebih ramai pencari-pencari kerja sekitar daerah Semporna. Seperti dalam kenyataan Perdana Menteri Malaysia, jumlah pencari kerja semakin berkurangan kini.
Hanya Perempuan sahaja, rasic ka juga ni agensi? Kenapa ambil perempuan, takut kena tengking oleh pekerja lelaki ka?
Berpusu-pusu yang hadir, ramai pencari kerja yang turun untuk mengejar peluang yang ada.
Seketika, hujan turun. Habis semua basah kuyuk disebabkan kekurangan tempat berteduh untuk mereka yang hadir ke program berkenaan.
Beberapa persoalan yang timbul daripada program ini:
1) Kenapa hanya beberapa agensi sahaja yang ada pada program ini. Tolonglah, dikhabarkan Karnival Pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kementerian Sumber Manusia. Berapa kos digunakan untuk program seperti ini? Hasilnya? Mengikut pengalamana yang saya ada dalam menganjurkan Karnival Kerjaya peringkat Universiti (UUM-2011) lagi meriah dan lebih banyak berbanding apa yang saya nampak pada hari ini? Hanya beberapa agensi sahaja yang turun untuk membuka temuduga.
2) Macam tiada tempat lain untuk mengadakan program, kenapa perlu pilih Hotel Han Palace? Habis sudah ka semua dewan di Semporna ni untuk diadakan. Berapa ribu habis untuk bayar tu hotel bagi adakan ini program? Tengok, bila hujan lebat turun tadi habis semua yang tidak sempat berteduh basah kuyuk. Ruang memang luas tetapi sambutan yang hangat seperti program ini adalah lebih wajar untuk diadakan di suatu tempat yang lebih selesa, luas dan berteduh. Nama juga temuduga terbuka, memang sangat terbukalah dibuat di tengah panas. Tolonglah, ini program Kerajaan bukan budak Sekolah Menengah. Budak Koleh KPTM lagi hebat berbading program tadi rasanya.
3) Ramai yang hadir merungut disebabkan kekosongan jawatan hanya sedikit dan jawatan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelulusan yang ada. Kebanyakan hanya mencari pekerja lepasan SPM sabaja dan setaraf dengan Diploma dan Ijazah hanya ada beberapa kekosongan sahaja. Kemudian, ada juga agensi yang hanya meminta syarat "Hanya Perempuan", kesianlah jadi lelaki masa kini. Dan, ada juga yang membuka jawatan tapi gaji tidak setaraf. Bukan berkira, tapi fikirkan jak la, kos sara diri semakin meningkat, siap mahu bayar hutann PTPTN, cukupkah?
4) Hampa dan kecewa. Tidak seperti yang diharapkan, ramai yang pulang dengan kekecewaan dan hampa. Tidak memberikan pulangan sepeti yang diharapkan. Kurang memuaskan dan mohon pihak Jabatan Tenaga Kerja mengkaji semula program ini pada masa akan datang.
5) Pengurusan dan tentatif yang tidak selari. Agak hambar dan tidak memuaskan hati. Mohon pihak penganjur melibat dari segala serba serbi masalah yang wujud dalam program ini. Kurang informasi dan penyebaran maklumat dengan lebih tepat. Mereka yang hadir hanya tahu bawa diri, salinan dokumen dan sijil serta berpakaian kemas. Hakikatnya, tidak mengetahui agensi yang hadir dan hanya turun di tapak kejadian, barulah mereka mengetahui agensia apa yang ada.
Solusi:
1) Mohon diadakan di tempat yang lebih selesa, luas dan tidak menyebabkan kesesakan manusia dan kenderaan. Jalan raya turut sesak disebabkan program ini.
2) Mohon perbanyakkan lagi agensi yang hadir. Mustahil, pengajur iaitu pihak Jabatan Tenaga Kerja tidak mampu mencari dan menjemput lebih banyak agensi yang ingin turut serta. Atau, adakah pihak yang diwajibkan malas untuk berurusan dan kerja asalkan ada sahaja.
3) Dari aspek promosi, sukar untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat. Kurang promosi dan hanya dapat disebarkan oleh pihak ketiga dan seterusnya. Pihak penganjur tidak memaklumkan di mana-mana dengan lebih meluas sama ada Facebook dan lama sosial yang lain. Hanya mengharap Website, tidak ramai yang mengetahuinya.
4) Mohon pengurusan yang lebih sistematik dan teratur.
5) Nama program rasanya perlu ditukar kepada Pameran Kerjaya sahaja, janganlah guna Karnival pekerjaan andai itu yang disajikan kepada kami "si Pencari Kerja".
Maaf atas ulasan, tidak puas hati dengan perjalanan dan pengurusan program sahaja. Matlamat tidak sampai kepada kami dan sangat mengecewakan. Hampir sama seperti kejadian tahun 2012 dan 2013 yang lepas dalam program yang sama, kurang agensi yang terlibat dan jawatan yang ditawarkan juga kurang memuaskan.
untuk pengetahuan saudara, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan, bagi la bukti yang sahih dan benar. Persoalan no 2 tu bukan dh x de dewan yang boleh digunakan tapi kebanyakan dewan telah ditempah awal oleh pihak lain dan dewan masyarakat dalam proses penyelenggaraan masa tu. jgn nk menuduh x tentu pasal. Klau ada persoalan yang tak jelas kan lagi bagus tanya jabatan tu sendiri
BalasPadamIni berdasarkan pemerhatian di tempat kejadian bukan dari mulut-mulut orang lain. Sejujurnya tempat memang tidak selesa dan tidak sesuai. Bukan Semporna ada banyak dewan ka, kenapa hanya fokus pada satu dewan sahaja. Di sekolah pun boleh juga pinjam dewan, kenapa hanya fokus pada satu tempat sahaja. Sudah dipersoalkan setiap persoalan kepada pihak penganjur tetapi maklum balas tidak seperti yang diinginkan. Sekian, bukan mahu menuduh sesuka hati tapi ini luahan jujur.
Padam