Pesta Regatta Lepa Semporna 2015 ~ Lensa Bolong (part 1)
Selesai kisah Pesta Regatta Lepa Semporna kali ke-22, 23-26 April 2015.
Semporna, 24 April - Persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) telah mengadakan Pameran dan Bengkel Warisan Budaya Bajau Semporna sempena pesta Regatta Lepa Semporna kali ke-22 pada 24-26 April 2015. Ia melibatkan seramai 15 orang ahli WAPO, 20 orang ahli Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs), 2 orang staf WWF-Malaysia dan pelajar Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM) Semporna. Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung iaitu Pameran dan Bengkel Kraftangan WAPO, Tarian Traditional Bajau, Alat Muzik Bajau, Pakaian Traditional Bajau dan Aktiviti Konservasi Penyu melibatkan pameran penyu, kuiz Kitar Hidup Penyu, Silang Kata "Kenali Si Penyu", pertandingan Mewarna, Teka bilangan telur penyu serta aktiviti bersama Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs) melibatkan pameran dan aktiviti pendidikan kesedaran mengenai Ikan Jerung di daerah Semporna. Terdiri daripada kuiz, silang kata, explorace dan mewarna.
Usaha WAPO dalam menjalankan aktiviti konservasi penyu laut di Pulau Omadal adalah merupakan inisiatif kumpulan wanita untuk melindungi spesies yang semakin terancam. WAPO adalah merupakan satu-satunya kumpulan wanita yang menjalankan aktiviti ini di daerah Semporna. Aktiviti penghasilann kraftangan WAPO adalah merupakan aktiviti utama mereka dalam menjana dan mengumpul dana bagi tabung unit konservasi WAPO. Ini kerana, 10% hasil jualan kraftangan tersebut akan disalurkan ke tabung unit konservasi WAPO. Sehingga kini, kumpulan wanita tersebut masih aktif dan sering menjalankan pameran pameran dan bengkel kraftangan untuk mempromosikan dan memperkenalkan WAPO kepada masyarakat umum.
Sempena pesta Regatta Lepa Semporna yang berlangsung baru-baru ini, WAPO dengan kerjasama WWF-Malaysia dan dana geran 1M4U telah menjalankan pameran dan bengkel warisan Bajau Semporna. Usaha WAPO untuk mengekalkan budaya Bajau dalam kalangan masyarakat di daerah Semporna termasuklah ahli WAPO dalam mengekalkan dan membudayakan tradisi Bajau kepada pelawat dan pelancong yang hadir. Alunan muzik kulintangan dan tarian igal-igal yang dipersembahkan oleh anak-anak WAPO telah menarik ramai pihak untuk berkunjung dan melawat gerai pameran WAPO.
Teka Bilangan Telur Penyu dan jualan kraftangan WAPO
Mendidik anak muda untuk memahami pentingnya memelihara dan memulihara ekosistem marin khususnya Penyu laut dan Jerung yang semakin dilanda kepupusan kini akibat tindakan manusia yang tamak.
Pertandingan mewarna
Staff WWF-Malaysia dan ahli GREENs yang ceria untuk mempromosikan dan mengajak orang ramai untuk menyertai kuiz dan pertandingan yang disediakan.
Hasil Kraftangan WAPO yang dijual. Hasil kraftangan yang dibuat daripada Pandan Liar yang banyak tumbuh di sekitar pulau-pulau Semporna.
Wajah-wajah ceria pelawat yang hadir serta AJK yang terlibat. Aktiviti teka bilangan telur penyu.
Antara pameran yang mendapat tarikan ramai pelawat yang hadir. Terutama kanak-kanak yang berminat dalam menyertai pertandingan mewarna.
Dalam pertandingan mewarna yang diadakan, seramai lebih kurang 300 kanak-kanak yang telah menyertainya. Ia dianggap sebagai jumlah yang sangat ramai dan paling tertinggi setakat WAPO dan GREENs menjalankan aktiviti tersebut. Tidak dikira lagi jumlah pelawat yang datang untuk mengikuti aktiviti kuiz, teka silang kata, teka bilangan telur penyu, Explorace dan beberapa aktiviti lain. Pada pameran tersebut juga, terdapat 3 ahli WAPO yang terdiri daripada komuniti Bajau laut Semporna yang terlibat untuk mengalunkan peralatan alat muzik Bajau iaitu terdiri daripada Kulintangan, Tambul dan Gong. Ia juga diselingkan dengan Tarian Traditional bajau iaitu Igal-Igal.
Pada pameran tersebut, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima M. Shafie Hj. Apdal turut berkunjung untuk membuat lawatan ramah mesra. WAPO sempat memperkenalkan dan menceritakan sedikit usaha WAPO dalam mengadakan aktiviti pameran tersebut dan usaha mereka dalam menjalankan aktiviti konservasi. Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam ini mendapat sokongan dan tarikan orang ramai yang datang berkunjung sempena pesta Regatta Semporna pada kali ini.
Ulasan
Catat Ulasan