Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015

National Youth And Sports Department Ministry Of Youth And Sports Malaysia Program

~International Youth Exchange Programme~

Port Dickson, 10 Mei 2015 - Program pertukaran belia antarabangsa adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia setiap tahun. Program-program yang dianjurkan adalah merupakan inisiatif negara kita Malaysia dengan kerjasama negara-negara lain yang terlibat seperti negara-negara ASEAN, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun ini, program "Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa 2015" sekali lagi diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 190 orang peserta yang mengikuti program ini daripada 200 yang dipanggil untuk menyertai. Dikhabarkan seramai lebih 1000 orang belia di seluruh negara yang telah menghantar permohonan. Kem pemilihan pada kali ini adalah sama format seperti tahun 2013 tetapi berbeza sedikit bagi tahun 2014 yang hanya melibatkan temuduga kepada pemohon di setiap negeri. Pada kali ini, ia diadakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan beberapa aktiviti yang menguji komitmen, kerjasama, kesukarelawanan disamping menguji "Public Speaking" setiap peserta kerana sepanjang kem pemilihan, peserta dan penganjur akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam masa yang sama juga, setiap peserta akan diuji dari aspek kepimpinan dan kebolehan mereka dalam tarian dan kebudayaan. Setiap peserta dikehendaki untuk membawa pakaian traditional atau pakaian rasmi negara iaitu baju melayu dan baju kurung untuk digunakan pada malam kebudayaan. Pada akhir program, satu ujian "Public Speaking" akan diberikan kepada peserta dan kepada peserta yang mengikuti program "Ship for South East Asia Youth Programme" mereka akan melalui tapisan temuduga untuk dinilai dan ditemuramah.

\
Borang Permohonan.. Boleh dimuatnaik dan diserahkan semula kepada KBS HQ.
Biasanya borang tawaran akan mulai dipromosikan pada awal Februari setiap tahun.

Antara aktiviti yang menarik adalah seperti:
1. Ship for South East Asia Youth Programme 
2. Malaysia-Korea Youth Exchange Programme 
3.Malaysia-Fakuoka Youth Exchange Programme 
4. Malaysia-Indonesia Youth Exchange Programme 
5. Malaysia-SIngapore Youth Exchange Programme
6. ASEAN Programme
7. CYP Programme (Negara-Negara Komenwel)
8. Other International Programme

Memang, tidak ramai pun yang tahu mengenai benda ni walhal aku sendiri. Hanya tahu pada tahun 2013, masa tu pun kawan pelawa untuk ikut memandangkan Kem Pemilihan di Port Dickson 2013, ramai daripada Sabah, Sarawak dan Labuan tarik diri. Oleh itu, pihak KBS sangat baik hati untuk membuat di JBS, Putata, Sabah untuk peringkat Borneo. Mula dari situlah baru faham apa itu Program Pertukaran Belia Antarabangsa.

Bagaimana saya dapat mengikuti program ini untuk tahun 2015?

1) Pada awal Februari, banyak iklan dan promosi mengenai program ini dikeluarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga repost daripada rakan-rakan FB. Kemudian, saya sendiri post dalam fb sendiri untuk makluman semua... FB: Bolong Tatap Bolong

2) Muat naik borang tersebut kemudian isi dengan penuh. Kalau boleh, pastikan semua maklumat yang dia minta diisi dengan lengkap. Takut permohonan anda ditolak terutama bahagian Cop yang diminta. Setelah isi, kepilkan bersama 2 keping gambar dan pos ke pejabat KBS HQ.

3) Tips untuk mengisi borang, pastikan semua maklumat yang diminat diisi penuh. Ada bahagian dia minta untuk anda isi bagi mewakili persatuan/organisasi/kelab yang anda wakili. Macam saya bagi mewakili Kelab Rakan Muda Semporna. Dan, bahagian pengakuan cop itu yang penting. Pastikan ada.

4) Seperti yang kawan (sebelah semenanjung) khabarkan, mereka ada tapisan kedua iaitu Ujian Psikologi yang diadakan di Putrajaya. Semua peserta dari Semenanjung wajib mengikuti ujian psikologi bagi menentukan anda layak atau tidak, jujur atau menipu mengikut ujiak Psikologi Sidek. Selepas ujian, dalam lingkungan 150-200 orang sahaja yang akan dipanggil ke peringkat saringan ketiga yang terakhir. Bagi peserta/belia daripada Boreo. Mereka tidak perlu menghadiri ujian Psikologi sebab ujian tersebut akan dibuat semasa Kem Pemilihan. Setiap tahun (sekali setahun), hanya 200 peserta sahaja akan mengikuti kem Pemilihann Pertukaran Belia Antarabangsa.

p/s" Sentiasa allert dengan informasi serta iklaneka daripada KBS dan MBM. Untuk Kem Pertukaran Belia Antarabangsa ni biasanya FEBRUARI dia akan war-warkan.

Saya sendiri pun sebenarnya mana ada orang lain yang ajar, sendiri punya tahu untuk mencari program-program yang sesuai dengan minat. Bila sudah ada pengalaman semasa tahun 2013, saya sedikit sebanyak tahu mengenai program ini pada tahun berikutnya. Cuma tahun 2014, format diubah sedikit jadi saya terlepas peluang.


Ini adalah kumpulan saya dan mereka semua memang superb. Ada Sabahan, Melayu, Cina, India dan semua berlainan latar belakang. Almost are student, ada juga cikgu (Balqis) dan bakal cikgu (Iqbal). banyak aktiviti dan tugasan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

1) Pendaftaran
2) Ice Breaking, suai kenal dan pecahan kumpulan (Kami Kumpulan 5: JempoL Team
3) Diberikan tugasan untuk memilih ketua kumpulan, Nama Kumpulan, Yell (Cheers Kumpulan) dan Penghulu Program.
4) Sebelah malam (hari Pertama), Setiap kumpulan dikehandaki untuk menulis karangan pendek (tugasan individu Englis Essay) mengikut tajuk yang diberikan (isu semasa). Hanya 15 minit diberikan untuk tugasan individu. Kemudian, pada peringkat kumpulan pula setiap kumpulan dikehendaki untuk mengulas semula tajuk tersebut secara dalam kumpulan dan dikehendaki untuk membuat persembahan (bebas dan ikut kreativiti - kumpulan kami buat sketsa pendek)
5) Sebelah pagi akan ada riadah (Fit Malaysia, Senamerobik dan ZUmba)
6) Akan ada Debat dalam Kumpulan. Dalam B.I juga mengikut tajuk yang telah dipilih oleh ketua kumpulan.
7) Explorace (Setiap check point akan ada tugasan tertentu)
8) Membina Negara Bangsa sendiri (part ni rahsia erk- tak best kalau nak cerita semua)
9) Youth Got Talant - Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan tarian mengikut cabutan CD pada aktiviti membina Negara Bangsa. Dan satu persembahan lain mengikut kreativiti kumpulan. So, means setiap kumpulan kena membuat 2 persembahan dalam malam tersebut. Sememangnya, setiap kumpulan hanya ada masa 30minit-1jam untuk membuat latihan. syukurlah kalau ada kawas korang yang pandai menari atau kreatif.
10) "Public Speaking" - tugasan individu, tajuk bebas dan ia menguji sejauh mana anda seorang pemidato yang baik atau "Lack of communication english skills" macam saya... hahahaa
11) Temuduga bagi mereka yang memilih program kapal Belia (SSEAYP)


Riadah (Fit Malaysia, Senamrobik dan Zumba)

Perbincangan Dalam Kumpulan (LDK)


Membina Negara Bangsa (Check Point terakhir Explorace)


Tugasan Kumpulan Terakhir (Malam Kebudayaan "Youth Got Talent")



Wefie - selepas persembahan. Team kitaorang bawa lagi Ngajat Tampi. Balgis (Baju peach) jadi guru tari kitaorang. Saya tidak hafal tarian ngajat. kalau Sabah, bulih bah kalau kaw.


MyTeam -Jempol. Waiting or our performance


Mungkin inilah rezeki. Merekalah teman, sahabat dan juga keluarga. Harap kita dapat mewakili Malaysia ke luar negara nanti. Youth Exchange Programme

--> Target: Ship of Southeast ASEAN Youth Programme (SSYEAP)

Tips untuk terpilih:
1. Jadi diri sendiri
2. Sentiasa positif
3. Bersahabatlah dengan semua peserta kem
4. Sentiasa menghormati dan baik dengan penguji
5. Tonjolkan diri sedikit jangan sampai jadi poyo
6. Mendapat restu ibubapa, pensyarah dan individu-individu rapat dan hebat.

INSYAALLAH anda pasti terpilih..!!!
Saya menyeru belia-belia di luar sana mari, ayoh, jom memohon Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015!! Kerajaan Malaysia secara umumnya dan Kementerian Belia dan Sukan secara khasnya telah menyediakan platfom yang sangat istimewa kepada belia-belia Malaysia. Jangan berfikir lagi, jangan buang masa lagi, jangan terhenti lagi, jangan kaku lagi. Sesungguhnya pelbagai manfaat dapat diperoleh dari program ini. TERIMA KASIH MALAYSIA..!! 

(Copy paste daripada peserta 2013 : SharizanHamid

Pada Kem kali ini, peserta paling muda adalah berumur 18 tahun dan paling tua dalah umur 29. Sejajar dengan kehendak program, peserta mestilah berumur dalam lingkungan 18-35 tahun. Selamat mencuba dan selamat maju jaya bagi mereka yang berjaya menjadi wakil negara. Kepada yang tidak ada rezeki, jangan putus asa... tahun depan masih ada lagi. Umur masih muda juga.



Ulasan

  1. cabutan cd untuk persembahan kebudayaan tu,lagu klasik ka?

    BalasPadam
  2. cabutan cd untuk persembahan kebudayaan tu,lagu klasik ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat respon, mungkin kem dah lepas. Apapun, cabutan tu bergantung kepada latihan sebelum dan semuanya lagi asli dan klasik

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular