Tips menjaga Image Sensor DLSR

~ kopipes daripada blog abg Shatra ~


antara tips2 beliau :

1) Elakan menukar lensa kamera anda di persekitaran yang dikenal pasti kotor, seperti kawasan berdebu ketika acara suka rally kereta, acara marathon dan sebagainya yang dikenalpasti berdebu. 

2) Cuba elakan juga menukar lensa ketika suasan berkabus, hal ini kerana ketika suasan berkabus, titisan air akan berjaya memasuki corong kamera anda. Jadi berhati-hatilah ketika menukar lensa kamera anda ketika berada dalam persekitaran seperti yang disebutkan tadi.

3) Sebelum membuat pertukaran lensa kamera, sila pastikan bahawa kamera anda sudahpun dimatikan(off). Sesetengah kamera apabila dalam kondisi masih On mempunyai cas eletrik dan ini membolehkannya menyedut habuk atau bahan kotoran dari luar. Sila disiplinkan diri anda sebaik sahaja hendak membuat pertukaran lensa, kamera dalam posisi off terlebih dahulu, kemudian barulah membuat pertukaran lensa.

4) Sebelum memasang lensa lain ke kamera anda, terlebih dahulu anda kena pastikan bahawa lensa yang hendak dipasang ke kamera anda adalah bersih dan bebas dari debu dan kulat(fungus). Cara ini penting bagi membantu mengelakan sensor kamera anda dari terkena virus-virus tadi.

5) Ketika membuat pertukaran lensa terhadap kamera anda, sila pastikan ianya berlaku dengan pantas. Jika anda leka sehinggakan kamera dan lensa anda terbuka dalam masa yang lama, ini memberi peluang kepada debu dan bahan kotoran yang berterbangan  dipersekitaran anda memasuki kamera anda. Dan ini akan debu atau bahan kotoran akan melekat di image sensor kamera anda.

6) Dan yang akhir simpanlah kamera dan lensa anda di tempat yang baik seperti Drybox untuk memeliahara kebersihan image sensor kamera anda.


p/s :: aku sendiri pun jarang berhati2 kalau tukar lens... lepas ni bolehlah dipraktikkan sudah... peace

·     
·         

Ulasan

Catatan Popular