SOLAT lah kamu sebelum kami diSOLATkan


 


 ~ bagiku ia ibadah paling utama~






solat
solat
dan
solat

kenapa perlu solat...?

sebagai muslim apa jawapan korang?

bagi saya begini...
selain ianya merupakan tiang agama, ibadah wajib dan kewajipan kita
anggaplah

bilamana seorang inginkan kejayaan
barulah dia dekatkan diri dengan buku, guru, kawan dan ALLAH
bilamana seorang itu inginkan sesuatu
dia akan mudah untuk meminta dan berharap kepada ALLAH

tapi pernahkah ALLAH tidak memberi?
dan pernahkah ALLAH memungkiri janji?
SOLAT adalah cara paling mudah untuk mendekatkan diri kita dengan ALLAH

kita perlu ingat, jangan pernah kita BOSAN untuk beribadah kepada ALLAH
terutama SOLAT, jangan sesekali

aku sendiri sebenarnya jahil juga dengan diri sendiri
selalu lewat-lewatkan solat
lengah-lengahkan solat
tinggalkan solat... tapi tetap sedar SOLAT itu penting
dan tetap meneruskan diri untuk solat

sebabnya...?
kita kena sedar hidup di dunia ni bukan untuk hidup semata-mata
amal ibadah kita perlu untuk bekalan hari akhirat
amal ibadah kita penentu kejayaan kehidupan kita di dunia
bukan semata-mata kejayaan sebagai seorang artis, kebanggaan negara atau popular di mata dunia
SOLAT... itu caranya

ko doktor ka, pegawai ka, artis ka, pemimpin negara ka, sultan ka, pemilik nuklear ka,
paling berkuasa di dunia ka
tidak kisah, paling penting SOLAT
for the Muslim...

solatlah.. insya ALLAH

 


p/s :: SOLAT 5 waktu sehari semalam, bukannya susah, hanya diri kita yang menyusahkannya =)
 
 

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015