Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau

~ terbaekLah... JempoL duLu ~


4 org Wakil Belia Tawau (Ramlee Pacak, Amir Anuar, Roslan Jumadi, Halim Halims Alims) menyerahkan Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau kpd Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Pejabat Dewan Undangan Negeri dgn disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Titingan...

Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau.
Perkara 1: Memperkemaskan jentera penyampaian maklumat dan dana atau peruntukan kepada golongan sasar - untuk memastikan segal
a perkara berbangkit tidak menjejaskan prosedur pelaksanaannya.

Perkara 2: Mohon kerajaan negeri dapat menggerakkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menunaikan Social Corporate Responsibility - bagi menyumbang kepada pembangunan sukan atau persatuan-persatuan belia.

Perkara 3: Mohon wujudkan One Stop Centre untuk memantau perkembangan belia dan sebagai pusat rujukan maklumat tentang dasar-dasar ataupun polisi kerajaan - sebagai pilihan alternatif di kalangan belia yang berpersatuan ataupun tidak berpersatuan selain dari pejabat jabatan atau kementerian berkaitan sedia ada.

Perkara 4: Menyediakan suntikan dana dan peluang yang boleh merangsang kepada kerancakan aktiviti belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan - khususnya di bawah perlaksanaan polisi Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Perkara 5: Tubuhkan unit khas yang boleh memantau hala-tuju graduan menganggur di negeri ini - masih ramai lepasan institusi pengajian tinggi khususnya lulusan graduan IT, perhotelan, perniagaan dan ekonomi yang tidak bekerja di sektor yang sewajarnya.

Perkara 6: Mohon suara belia turut diberi perhatian dalam bajet negeri -
termasuk di dalam pembentukan satu-satu dasar atau polisi berkaitan
kepentingan belia dan menitik-beratkan soal peluang pekerjaan yang
lebih banyak dan terbuka.

Perkara 7: Wujudkan medan IT ataupun zon bebas siber di kawasan terbuka (di pusat bandar) - yang membolehkan golongan belia berkumpul dan mencambah fikiran secara kreatif untuk turut sama menyumbang idea membangunkan daerah dan negeri bersama kepimpinan negeri.

Perkara 8: Seorang belia dilantik sebagai ahli Mesyuarat Penuh Pihak Berkuasa
Tempatan di seluruh Sabah - menyediakan tempat untuk seorang wakil belia dari kalangan mereka yang aktif berpersatuan sama ada sebagai ahli aktif (boleh bersuara) ataupun pasif (pemerhati).

Perkara 9: Mohon rancakkan lagi industri pelancongan Tawau menerusi kalendar pelancongan negeri dan penubuhan muzium budaya - selain program tahunan yang sedia ada iaitu Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau demi memastikan khazanah ataupun keistimewaan generasi terdahulu akan terus diwarisi oleh generasi belia akan datang.

Perkara 10: Menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Sabah -
sebagai kaedah utama untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan yang berbangkit seperti mengenai status anak-anak jalanan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia yang terkandas dalam pelajaran dan sebagainya.

Perkara 11:
- Mohon penyelesaian segera dalam isu permohonan-permohonan geran tanah yang tertangguh - membabitkan kelompok masyarakat yang memohon bagi meneruskan survival generasi muda.

Perkara 12: Sediakan skim mampu milik rumah untuk belia- wujudkan skim khas bagi membantu golongan belia yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh ataupun baru bekerja di dalam sektor swasta - agar lebih mudah memiliki ataupun membeli rumah-rumah kos rendah.

Perkara 13: Mohon tingkatkan kewujudan pusat-pusat kemahiran di daerah ini -
sebagai destinasi utama golongan belia mengasah bakat dan
memperkembangkan kemahiran masing-masing seperti dalam bidang
teknologi IT, pembuatan, pembinaan dan sebagainya.

Perkara 14: Mohon dihidupkan semula pasukan khas belia - seperti Briged Rakan
Muda yang pernah diaktifkan pada tahun 1996 membabitkan belia-belia yang bergiat aktif berpersatuan sebagai barisan hadapan bagi menangani isu belia-belia yang terlibat di dalam sebarang kegiatan tidak bermoral ataupun gejala sosial.

Perkara 15: Memperkemas dan menyelaraskan Pelan Pembangunan Kampung di setiap Dewan Undangan Negeri secara sistematik - agar menjadi kampung berdasarkan rating, pendaftaran penduduk, bertujuan untuk memudahkan bancian sekaligus mengelakkan pembinaan rumah haram di kawasan rizab kerajaan.

Perkara 16: Mewujudkan kawasan sukan permotoran yang semakin popular di kalangan belia sekaligus mempergiatkan industri sukan permotoran yang akan memberikan impak yang tinggi di Daerah Tawau khususnya dan amnya di Negeri Sabah.

Perkara 17: Menyokong usul pembentukan Jawatan Kuasa Khas Belia Kampung (JKBK) - yang berperanan dalam menangani masalah belia di peringkat penempatan setempat serta merancang projek pembangunan belia secara khusus di peringkat akar umbi.

Perkara 18: Menyediakan pusat kegiatan belia yang berminat untuk menceburkan diri di dalam aktiviti seni budaya tradisional dan moden - untuk merangsang kreativiti belia di arena seni.

Perkara 19: Menetapkan had minimum skala gaji yang seragam di dalam sektor swasta - berdasarkan kriteria dan kelulusan yang sewajarnya dan menghapuskan sistem gaji sektor swasta mengikut kaum bagi menarik semula tumpuan belia yang berhijrah ke Semenanjung.

Perkara 20: Menyokong usaha dan saranan kerajaan menggalakkan belia mendaftarkan diri ke dalam Daftar Pemilih sebagai pengundi – menjalankan hak sebagai seorang warganegara Malaysia untuk menentukan hala tuju berdasarkan sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini.

Syabas & Tahniah kpd Belia Tawau... Smga mdpt perhatian,pertimbangan & kelulusan dr pihak2 yg berkenaan... BELIAU TAWAU akan sntsa mberikan sokongn,dorongan,panduan & bantuan sedaya yg mgkn.



kopipes myTawau 



Ulasan

Catatan Popular