JIKA ESOK...

:: petikan daripada sodari AZLIAH ZAI ::

Jika esok masih ada


Akan ku sujud padamu

Minta diampun semua dosaku

Akan ku kotakan suruhanmu

Sampaikan pada dunia

Biar semua tahuIslam itu satu!

Jika esok masih ada

Akan ku berikan pada yang meminta

Akan ku laksanakan apa yang tertunda

Niatkan semuanya kerna Dia

Jika esok masih ada

Pasti aku pegang saudara

Tidakkan aku biarkan mereka menderita

Kerana leka terhadapnya

Jika esok masih ada

Tidak ada masa yang akanku sia

Tidak ada hati yang akan ku luka

Tidak ada jasad yang aku aniaya

Seakan hidup sesaat Cuma

Jika esok masih ada

Akan ku tinggalkan selimutku

Tinggalkan enak tidur malamku

Bersujud kepadamu

Memohon perlindungan darimu ya rabbi!

Namun,Itu semua jika esok masih ada!

Telah aku siakannya

Peluang sekali Cuma

Hari ini aku sudah melelapkan mata

Dihimpit gelap selamanya

Tiada lagi jika esok masih ada.



dan, semestinya bukan CINTA duniawi yang kita kejar

sebabnya, ia pastinya tidak akan kekal

maka, kejralah CINTA kepada ALLAH

agar, ianya akan terus ABADI hingga akhirnya...


p/s :: daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015