MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN... PAHITNYA SEBUAH KEGAGALAN...
:: bukan kerna KEBODOHAN kita, tapi sebab ada sedikit KESILAPAN yang kita buat ::
~untuk renungan bersama~
pernah kah kita terfikir,
sebuah kejayaan itu boleh mengembirakan seseorang,
sebah kejayaan itu boleh membahagiakan seseorang,
dan sebuah kejayaan itu boleh memberi kepuasan kepada seseorang.
pernah kah kita terfikir akan,
kegagalan itu boleh mengecewakan seseorang,
kegagalan itu boleh menghampakan seseorang,
dan kegagalan itu boleh menghancurkan harapan seseorang...
pernah sedar tak kita sudah 13 tahun belajar,
belajar sejak tahun 1 sehingga ke tgktn 6 Atas,
pernah sedar tak usaha yang selama ini kita taburkan,
semata-mata hanya untuk mendapatkan sebuah kejayaan.
Mungkin segelintir masih terlelap,
alpa dan leka akan arus pembangunan dan kehidupan persekitaran,
terus dibuai mimpi-mimpi yang mengasyikkan,
terus sesat dibawah ke jalan keseronokan dan kehancuran.
korang pernah dengar tak cakap-cakap ini,
masa form 6 bukan masa untuk ber "honeymoon",
masa inilah kita kena korbankan masa dan tenaga untuk STPM,
masa inilah kita kena buktikan sejauh mana kesungghan dan kebijaksanaan kita,
dan, masa inilah kita kena buktikan kita berada pada tahap mana... dan lain-lain lagi...
cumanya,
pernah tak kita sedar...?
pernah tak kita buka seluas-luasnya minda dan rohani kita...?
pernah kah kita terbangun dari tidur untuk memperbetulkan diri kita...?
dan, pernahkah kita bangkit untuk memperbaiki diri kita...?
sedarkah kita,
guru-guru yang telah banyak membebel,
membuang masa dan tenaga mereka,
menghabiskan sedaya upaya harapan dan usaha,
hanya untuk melihat kita berjaya...?
tak faham lagi kah kita,
ibu bapa yang banyak memberikan dorongan dan membesarkan kita,
banyak berusaha dan bertungkus lumus menyekolahkan kita,
berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kita,
hanya untuk melihat kita BERJAYA dan jadi seorang yang BERGUNA kelak...?
kata-kataku ini hnya bualan kosong agaknya,
jikalau ada yang membacanya hanya membaca tetapi tidak memahami isi kandungannya,
hanya memerhati tapi tidak mengamati,
hanya dilihat tetapi tidak diambil ikhtibar...
aku,
hanya tahu menulis dan berkongsi,
sebab yang aku pasti aku sudah buktikan kesungguhan dan kejayaan aku,
bukan nak riak atau sombong atau menunjuk-nunjuk,
sekadar hanya untuk berkongsi dan menasihat,
kerna diriku sebagai abang dan senior,
diriku hanya seorang yang pernah berada ditempat korang suatu ketika dahulu.
bangkitlah,
sedarlah dari tidur dan mimpi-mimpimu,
bangunalh dari lenamu yang panjang,
majulah kehadapan dari tempatmu yang jauh ketinggaln di belakang,
dan, buktikan kesilapan suatu ketika dahulu bukan penghalang kejayaanmu pada masa hadapan.
kita kena sedar,
bukan sahaja guru yang mengharap,
bukan sahaja ibu bapa yang berdoa,
dan bukan sahaja diri kita yang menginginkan kejayaan kita,
LEbih ramai lagi yang sentiasa mendoakan dan mengharap kejayaan kita...
DAN...
jangan sebab diri anda...
guru-guru hampa membuktikan tunjuk ajar mereka berjaya,
ibu bapa menangis sebab kegagalan anda,
ahli keluarga dan rakan-rakan keciwa akan keputusan peperiksaan anda,
serta seluruh negara hilang kepercayaan kepada anda...
akhir kata,
BUKA MATA, BUKA HATI, BUKA MINDA, KENALI DIRI,
TEPUK DADA TANYA IMAN...
JIKA KEJAYAAN MENJADI TARUHAN ANDA,
KENA ADA PENGORBANAN DAN USAHA YANG LEBIH...
KENA ADA PENGORBANAN DAN USAHA YANG LEBIH...
p/s :: sekadar nasihat seorang senior dan seorang abg kepada adik-adiknya...
tiada kena mengena dengan kesombongan dan aksi tunjuk menunjuk...
sekali sekala kita kena belajar daripada orang yang berpengalaman....
tiada kena mengena dengan kesombongan dan aksi tunjuk menunjuk...
sekali sekala kita kena belajar daripada orang yang berpengalaman....
Ulasan
Catat Ulasan