DI seBaLIk SaKit akU...

:: mungkin ramai yang tak tahu ::

sakit...?
memang semua ada sakit kan...
dan, mesti sakit orang lain-lain... termasuk la saya sendiri
yala, umur semakin naik, badan pun memerlukan rehat yang secukupnya...

apapun...biar aku ceritakan disebalik sakit yg bermula sejak 2009 yg lepas
masa itu aku masuk tandas... siap baca doa lagi..
ntah macam mana selipar yang haus itu, tambah2 lagi tandas tu licin
kedebum...... macam nangka buruk yang jatuh

sejak hari itu,
aku tak bagi tahu sesiapa dan aku terpaksa tahan sakit sendiri
dan, sejak dari itu kesihatan aku terjejas
sebeb sebelum-sebelum ini aku jarang2 sakit dan HYperaktif

tambahan lagi masa aku mula-mula masuk UUM,
entah kenapa gatal sangat nak masuk PALAPES...
bukan apa, sebab minat dan jeles dengan orang lain
saya jeles dengan cikgu saya (cikgu omar)... guru idola saya
walaupun badan kecik dan pendek (maaf cikgu)
tapi semangat dia kuat...

tabek spring la dengan sir omar... kecik2 pun masuk PALAPES (army)
sejak dengar cerita dia, aku mula jeles...
dan, sebab dia lah aku masuk PALAPES dan sebab dia aku masuk UUM
dan kebetulan (rezeki ALLAH)... saya junior dia Bac. Of PubLic Management with Honour
Alhmdulillah

berbalik kepada cerita aku (sakit itu)
memang amat-amat perit tambahan masa tu junior
dengan punishment segala... (PT memang ar MANTAP dan aku terpaksa bertahan)
sebenarnya.. masa PT (physical training) seluruh badan aku sakit
cuma, aku tetapkan dalam diri aku..motivasi untuk aku teruskan adalah cikgu aku dan kesihatan aku sebab masa tu aku berat berlebihan lebih 80kg...
aku risau la taknak jadi obesiti

dengan PT yang diberikan
tekanan pada pinggang (urat dan tulang belakng) semakin tertekan dan stress
so, semakin la bertambah sakit dan-dan tiada yang urut
dan sekali lagi aku jatuh dekat tangga kat bank rakyat...
masa tu hujan, tangga licin dan jatuh punggung dulu... memang masa tu nak jerit kuat2

apapun, malam ni rasa syukur sikit
daripada aku membazir duit rm80 ke atas
syukur jugalah dapat kenal dengan seorang hamba ALLAH
biar habis duit TAPI jangan bazirkan kesihatan dan umur anda untuk masa depan
insya ALLAH tambahan kalau solat selalu sakit
dan ada kala tidak dapat bangun subuh untuk solat sebab susah nak bangkit dari katil

lagipun sebelum ni terpaksa balik sabah baru dapat urut
tapi... dapat urut masa kat BESUT dan sekali kat UUM
alhamdulillah, semoga ALLAH memberi hidayah dan kesihatan yang lebih baik..
selalulah mensyukuri nikmat ALLAH dan jangan sia-siakan

#korang boleh nak kata aku "MENGULAT" or pura-pura sakit tapi aku tetap redha sebab ALLAH sahaja yang tahu penderitaan ini

p/s :: selepas ni, nak try guna NutriLite DoubLe X pLak... biar MahaL janji sihat...

Comments

  1. aku pon penah jatoh due kali kat bilik air.. sejak hari tu tulang aku asek bunyi2 je.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kita kan...bukan semua dapat rasa kesakitan kita

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015