NASI BAMBONG @ TAWAU

:: copy from mY tawau ::


Pasti semua warga Tawau kenal dan tau rasa keenakan serta kemurahan Nasi Bambong ini. rombengan belakang sabindo selalu dijadikan tempat medan makan tengah hari.

Cerita mengenai nasi bambong ini harganya memang murah antara rm1.50 ke rm1.70. Terdapat dua jenis pilihan untuk menu ini iaitu ikan ataupun telur. Yang
pastinya ia sangat berbaloi dengan harga dan kuantiti yang mencukupi untuk membekalkan tenaga untuk seorang.

Untuk pengetahuan semua, sekitar tahun 90an nasi bambong ini berharga RM1.00. Pada waktu itu harga barang masih lagi rendah dan peniaga juga tahu bahawa harga perlu rendah kerana Orang Tawau kebanyakannya berpendapatan rendah.

Hinggalah tahun demi tahun harganya hanya meningkat dari 50sen ke 70sen sepinggan. Apa yang membanggakan, orang Tawau masih merasakan ianya sangat-sangat relevan dengan harga dan kuantiti makanan itu begitu cukup sekali.

Kenapa aku tulis mengenai nasi bambong ini, aku terpikir sejenak ketika berada di sana. Aku berfikir, mereka peniaga ini sudah menyumbangkan sesuatu kepada warga Tawau. Walaupun sumbangan mereka perlu dibayar, namun ia merupakan satu sumbangan yang cukup murah kepada segelintir masyarakat Tawau yang berpendapatan rendah sambil menjadikan Nasi Bambong sebagai menu tengah hari mereka.

Rasanya inilah makanan yang termurah di Malaysia (RM1.50-RM1.70). Menyajikan satu set hidangan yang dikatakan mencukupi untuk menambahkan tenaga. Tidak kira siapa pun menjadikan tempat itu sebagai lokasi untuk makan tengah hari.

Bersyukur kita warga Tawau kerana masih mempunyai tempat makan yang termurah sekali. Boleh dikatakan ianya suda menjadi tradisi dengan Nama dan harganya yang begitu sesuai. Walaupun lauk pauknya tidaklah begitu gah berbanding nasi campur, tapi sudah namanya nasi Bambong ianya tidak perlu terlalu extrem.

Untuk pengetahuan anda Nasi Bambong adalah ayat yang dihasilkan sendiri oleh orang Tawau membawa maksud Nasi Penganggur. Mungkin dahulunya golongan penganggur yang banyak menjamah hidangan ini disebabkan murah. Tapi hakikatnya samada penganggur atau bekerjaya ianya sudah menjadi nama dan trend makanan orang Tawau...

Terima kasih kepada para peniaga yang prihatin kepada warga Tawau di atas penyediaan makana yang termurah sekali di Tawau, Di Sabah Di, Malaysia..

Terbaik dari ladang..kepada mereka yang belum tau bagaimana rupa bentuk dan apakah kandungan dalam Nasi Bambong, inilah yang terdapat dalam gambar. Sedap kan..Boleh lah..

p/s :: sekadar berkongsi makanan SABAH... bukan maw ciplak2 pown.... peace

Ulasan

Catatan Popular