Keputusan STPM diumumkan Rabu minggu Hadapan ~ 7 Mac 2012

:: seperti yang diterget sebelum-sebelum ini ::

petikan daripada Berita Harian Online

Keputusan STPM diumumkan Rabu depan

2012/03/01

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA

sumber ===> BeritaHarianOnline

p/s :: untuk adik2 dan calon2 STPM 2011... banyakkan berdoa, solat hajat dan sampai jumpa rabu minggi hadapan

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015