Kisah SoLat JumaaT

:: apa yang perlu kita ketahui ::

Hujan termasuk rukhsah yang membolehkan seseorang muslim meninggalkan solat Jumaat dan jamaah. Ini kerana Islam mahu mengelakkan haraj (kesusahan) dari membebankan umatnya. Adakalanya istiqamah beribadat boleh mendatangkan bosan dan malas.

Berkata ‘Abd al-Rahman ibn Samurah ra, Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, “Apabila hujan lebat, maka solatlah kamu di rumahnya.”
Riwayat ‘Abdullah ibn Ahmad, disebut oleh al-Haythami dalam Zawa’id al-Musnad, hadith 875. Abu Dawud menganggap hadith ini bagus dan memandang Nasih ibn al-‘Ala’ sebagai thiqah.

SUMBER ===> LINK

Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t.

Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan.

Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.


Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.


p/s :: jangan lebih 3 kali itu dosa maksudnya...

Ulasan

Catatan Popular