Skuad Sukarelawan 1M4U Semporna... Rakan Muda Cinta Alam: Beach Clean Up

~ Syukur yang amat sangat ~

Alhamdulillah, dana terakhir di tahun 2014. Terima kasih 1M4U dan DRe1M atas sokongan. Kali ini program menjelajah pulau-pulau semporna. Keterangan program:

Nama: Program Rakan Muda Cinta Alam: Beach Clean Up
Tarikh: 28 Disember 2014
Tempat: Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan
Penglibatan: 24 orang peserta sukarelawan 1M4U

Tentatif aktiviti
1) Bergerak ke Taman-Taman Sabah (Pulau Bohey Dulang) pendaftaran dan sesi taklimat
2) Mendaki Bukit Bohey Dulang (300 meter dari paras laut dan 600 meter jarak ke puncak)
3) Sesi membersihkan laluan pejalan kaki dari puncak ke bawah bukit
4) Bergerak ke Pulau Mantabuan (Beach Clean-Up)
5) Bergerak ke Pulau Sibuan (Beach Clean Up)
6) Makan Tengah Hari dan bersurai

Gambar Program:
Bolehlah rujuk fb: Bolong Tatap Bolong



Gambar kenangan sebelum naik ke puncak...
Sebelah kanan gambar itulah puncak bukit Bohey Dulang


Taklimat daripada Staf Taman-Taman Sabah sebelum mendaki ke puncak


Gambar kenangan bersama pendaki lain dari Semenanjung


Gambar ramai-ramai bersama peserta (SUkarelawan) dan guide (Staf SABAH PARKS)


Sempat membersihkan sampah yang dibuang di laluan pendakian.


Juga mengutip sedikit sampah yang ditinggalkan oleh pelancong yang datang ke Bohey Dulang.


Bertolak ke Pulau Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan.
Jeti Awam Semporna


Terima kasih abang Adbalan.
Bot yang terbaik dan termurah di Semporna


Sesungguhnya aturan ALLAH s.w.t itu adalah sebaiknya.
Kami terkandas di Pulau Mantabuan, walaupun dapat kesempatan mendaki di Puncak Bohey Dulang dengan cuaca yang cerah, kemudian di turunkan hujan. Terhad masa di Mantabuan walaupun ada kesempatan untuk menguti sedikit sampah dan terus ke Pulau Sibuan.


Wajah-wajah yang kurang sabar untuk menjejak kaki ke Bohey Dulang.
First time ever sampai sana. Saya untu kali kedua, jadi kurang teruja sudah.


Thanks Awang for the nice Shoot: HDR mode


Puncak Bukit... seram dan indah mempesonakan.


Model Photoshoot bilang: HDR MOOD Olympus Camera Waterproff


Dalam hujan kami tetap mengutip sampah. Sangat banyak dan walaupun banyak pelancong yang datang ke sini, tiada inisiatif mereka untuk mengutipnya.






Semangat bilang, biar basah baju, hujan lebat janji dapat buat kerja.


Kamulah harapan Sukarelawan 1M4U Semporna. Sampai ketemu lagi. In Shaa Allah


Ulasan

Catatan Popular