Adat Talian Kaum Bajau Suluk Semporna

~ Suatu adat dan budaya kaum Bajau Suluk yang semakin hampir pupus ~


Biasanya kini, kita akan mengadakan majlis kenduri Akikah untuk anak-anak kecil adalah yang lebig afdalnya selepas 7 hari kelahiran mengikut ajaran agama Islam. Menurut potongan ayat 

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]

Untuk bacaan lanjut, http://korbanaqiqahonline.blogspot.com/

Merujuk kepada ADAT TALIAN BAGI KAUM BAJAU DAN SULUK, mengikut pengalaman saya di daerah Semporna. Hanya segelintir sahaja daripada keseluruhan kaum tersebut yang mengamalkann adat dan budaya itu. Dalam kata yang lainnya, masih diteruskan dan dilaksanakan. Pengalaman saya mengikuti adata ini ketika saya berada di kampung Panji Semporna. Ada juga terdapat di sekitar kampung-kampung di Semporna yang masih mengamalkannya, saya hanya mengikut mereka melalui lama sosial Facebook.


Replika Rumah-Rumah untuk anak perempuan


Apa yang menariknya, mengikut temubual saya dengan seorang kakak yang mempunyai anak untuk akan melaksanakan Akikah dan menggunakan adat Talian, beliau berkata "Adat Talian ini dijalankan adalah untuk menyambut majlis kenduri Akikah anak saya, dan biasanya adat Talian ini atau kenduri Akikah akan dilaksanakan sebelum, semasa atau selepas kedatangan Hari 12 Rabiual Awal bersempena Maulidur Rasul yang orang Semporan panggil ber- Maulud. Sesiapa yang melahirkan anak selepas Maulidur Rasul tahun sebelumnya akan disambut pada Maulidur Rasul tahun hadapan pula. Untuk adat Talian pula, ia ibaratkan sedekah cucu kepada atuk atau nenek mereka mengikut turutan sama ada atuk/nenek sebelah bapa atau sebelah ibu bayi tersebut. Biasanya anak lelaki akan dibuatkan replika Kapal/Bot/Sampan atau kereta manakala bagi perempuan biasanya replika rumah-rumah atau hamper sahaja. Jumlah (perbelanjaan) bagi sebuah replika bergantung kepada ibubapa itu sendiri. Dan, di dalam replika itu akan diletakkan apa jua bentuk makanan dan minuman sama ada beras, tepung, biskut, roti, dan luarannya akan digantungkan Keropok, minuman ringan, jelly, gula-gula dan juga duit".




Talian yang belum siap sepenuhnya... Under contruction bilang...

Cara perlaksanaan sebelum, semasa dan selepas majlis Akikah.

Pada malam sebelum kejadian iaitu selepas selesai solat Isyak, mengaji al-Quran atau yang biasa mereka panggil ber-LUGUK akan diadakan di masjid oleh orang-orang tua. Biasanya akan tamat sebelum solat Subuh. Apa yang pastinya, Luguk adalah sangat jauh menyimpang daripada ajaran ISlam. Hal ini kerana, cara bacaan LUGUK adalah sangat panjang dan cara bacaannya tidak mengikut Tajwid, Makhraj dan bacaan yang betul. Selain itu, mereka juga menggunakan Speaker untuk mengaji dan ini serba sedikit menganggu jiran tetangga yang lain (maafkan saya sebab menggunakann ayat yang kasar). Sejujurnya, saya menolak adat LUGUK untuk dilaksanakan. Boleh sekiranya tidak menggunakan LOUD Speaker dan hanya melibatkan rumah atau kelompok yang membaca sahaja. Satu ayat yang dibaca saya tidak faham sama sekali. Maafkan saya. 

Biasanya, bapa kepada anak tersebut akan membina sebuah replika mengikut jantina anak itu. Kemudian di cat dan malam sebelum majlis Akikah, semua keluarga seakan berpesta dan berkumpul beramai-ramai untuk menhiaskan replika tersebut. Semua barangan yang besar dan berat akan diletakkan di bahagian dalam replika manakala hiasan sebelah luar akan digantungkan keropok, gula-gula dan wang ringgit. Apa yang menariknya, saya sendiri telah merasakan suasana dan kemeriahan itu. Kami bermula mengikat gula-gula pada seutas benang tebal bermula jam 9 malam dan habis pada jam 2-3 subuh. Sememangnya penat dan mencabar, tapi oleh disebabkan minat dan rasa tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan saya sanggup membantu dan berjaga walhal esoknya terpaksa bekerja awal pagi.

Setelah siap mengikat, aktiviti menghiaskan replika itu pula dilakukan. Gula-gula akan memenuhi hampir kesemua replika tersebut. dianggarkan lebih 1000 biji gula-gula yang diikat di atas seutas benang dipasangkan di seluruh replika tersebut. Pelbagai warna dan sangat unik. Selepas siap, replika kayu yang asalnya mempunyai berat sekitar 5-10 kilo akan bertukar menjadi 100-500 kilo bergantung kepada barangan makanan yang diletakkan padanya. Kakak itu juga berkata, kos anggaran untuk membina dan meghiaskan replika tersebut boleh mencecah hampir RM700.00... punyalah aku terkejut... terkedu seketika. Harga seakan-akan seekor Kambing yang wajib mengikut sunnah dan ajaran agama Islam.2 ekor kambing bagi anak lelaki manakala 1 ekor kambing bagi anak perempuan.

Majlis akikah akan dimulakan selepas solat subuh di masjid kampung. Menurut kakak itu, majlis dimulakan pada sebelah subuh mengikut aturan dan turutan siapa yang berbaris paling awal. Hal ini kerana, bukan sekadar 2-5 keluarga yang terlibat malah lebih daripada itu. Biasalah bila masjid dijadikan tempat majlis, semuanya tertumpu kepada kawasan tersebut dan terpaksa mengikut giliran dan kenalah beratur lebih awal. Selepas sahaja majlis akakih (cukur jambul) dijalankan, ibubapa dan anak tersebut akan dibawa ke rumah atuk/nenek mereka untuk dihantarkan sedekah replika Talian yang siap dihias.


Adat berzanji juga akan diadakan pada malam (masuk waktu maghrib) di masjid.
Amalan zikir kepada Rasulullah s.a.w bagi memperingati Baginda. Kredit Foto: Suffian


Mengikut pengalaman saya, atuk/nenek tersebut ada membaca (kurang jelas apa yang dia bacakan, mungkin doa kesyukuran atau doa buat cucuk tersebut) sebelum mencabut duit dan mencium cucuk tersebut. Kurang pasti juga apa yang dibaca hanya dapat melihat pergerakan sahaja. Selepas sahaja siap dibaca, hiasan dan barangan makanan yang ada pada Talian tersebut akan disedekahkan kepada sesiapa sahaja keluarga yang turut hadir pada waktu tersebut mengikut kehendak atuk/nenek yang disedekahkan sama ada membagi semua, sebahagian atau tidak sama sekali. Yang puasnya adalahh kanak-kanak, mereka akan berebut untuk mendapatkan gula-gula, keropok dan makanan ringan yang lain. Biasanya, kaum ibu atau dewasa akan menguruskan soal pembahagian-pembahagian tersebut. Seronok juga nampak mereka, sebab dapat berkumpul, dapat berkenalan semasa biras dan besan serta ahli keluarga yang lain. Seakan-akan pada waktu majlis tersebut yang bermula malam sehingga lewat tengah hari adalah berada pada waktu Hari Raya atau family day. Semuanya berpakaian cantik-cantik, bayi yang diakikah pun sama memakai pakaian yang cantik dan comel-comel...

Bukan kekurangan cuma penambahbaikan rasanya. Mengikut pengalaman.

Apa yang pastinya, jika kita merujuk kembali kepada ajaran Agama Islam ada menyatakan sambutan majlis Akikah adalah sunnat Muakkad sahaja dan tidak wajib bagi ibubapa kepada anak yang baru lahir. Melainkan ibubapa sudah bernazar, ia akan jatuh hukum Wajib. Majlis Akikah adalah bagi tujuan menyembelih kambing, mencukur jambul (rambut yang tumbuh pada kepada bayi semasa lahir dan wajib dibotakkan semua) serta memberikan nama kepada bayi tersebut. Namun, jika kita lihat pada hari ini termasuklah keluarga saya (Kaum Bugis), ianya jauh menyimpang di mana majlis akikah yang sepatutnya dijalankan 7 hari selepas lahir diadakan mengikut bajet, masa dan persetujuan keluarga. Oleh itu, ia jauh daripada syariat yang sebenar. Selain itu, jika dibandingkan dengan keperluan yang wajib, seekor kambing atau dua perlu disembelih untuk tujuan akikah dan bukannya Adat Talian yang mengikut budaya, adat dan kepercayaan mereka. Walhal, sesetangah kaum Bugis pun begikut juga. Kami menggunakan batang pisang yang dicucukkan batang bambu yang dipasangkan telur rebus dan gula, juga wang kertas yang disimpan di bahagian hujung puncak batang pisang terbesut. Jika dibandingkan adat dan agama, ia memang jauh meyimpang.


Facebook images: Abdul Aziz Mohammad Hidup


Facebook Image: Semporna (Official Pages)


Facebook Images

Apapun, ini serba sedikit pengalaman yang saya sendiri turut menghadiri dan menyertainya. Ok lah dapat belajar adat orang lain yang sememangnya sukar untuk diperolehi dan hanya ada pada masa-masa tertentu sahaja. Terima kasih.

Maaf kalau ada fakta dan kenyataan yang salah. Ini mengikut temubual dan pengalaman sahaja.

Ulasan

Catatan Popular