Sekadar Selingan Hidup...

~ jom kita sampaikan ~

 
with Us

Kata Imam Al-Ghazali:
“Carilah hatimu pada 3 tempat, Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui juga, carilah hatimu dengan duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..." 

Biarlah orang mengata kita, jangan kita pula yg mengata orang...
Biarlah orang yang memfitnah kita, jangan kita pula yang melakukannya...
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan ajer...
Biarlah orang mencaci kita, doakan shja petunjuk bagi mereka...

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam itu lebih baik...
Kenangkanlah budi orang, lupakanlah jasa kita...
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita...
Balaslah jasa orang, dengan melupakan kejahatannya...

Alangkah baiknya, diberi kejahatan dibalas pula dengan kebaikan...
Dan "Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah,Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah"

p/s :: sampaikan... sama-sama berkongsi

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015