Hidup itu KEHIDUPAN

~ Hidup Cuma PinjaMan ~


KEHIDUPAN 
~oLeh :: AKU LAH/ UPM 
- Sampang IX (SMKDPA)

Kehidupan
Satu perjalanan yang indah
Dengan pelbagai cabaran yang mengugah
Dengan onak duri yang galak menerjah
Dengan harapan yang ranum berbuah
Dan esok yang bakal menjengah

Kehidupan
Bersamanya ada permulaan
Disulami pelbagai impian
Bunga-bunga keriangan penyeri laluan
Hujan-hujan kebahagiaa yang menceriakan
Dan ketandusan duka yang berterusan

Kehidupan
Satu anugerah yang amat berharga
Di dalamnya terselit pelbagai cerita 
Suka dan duka seorang pencinta
Yang belum pasti hujung kisahnya
Yang begitu ghairah mencipta istananya
Dalam khayalan yang mengisi hari-harinya
Saat kerinduan mencengkam jiwanya

Kehidupan
Penghujungnya tiba juga
Setelah lelah melalui pelbagai landasan
Meninggalkan hentian-hentian sepanjang jalan
Berbekalkan pengalaman yang mendewasakan
Mengharungi titian, menuju KEBAHAGIAAN...

p/s :: Hidup kalau tidak inginkan kebahagiaan adalah satu kerugian

Ulasan

Catatan Popular