Sebulan Selepas Peristiwa Hitam 2 Mac 2013

~ Semporna kembali Normal walaupun masih ada perasaan takut rakyat ~

...selepas hampir 3bulan aku tidak update Blog aku...


pintu masuk ke pekan Semporna...
sunyi tetapi masih kelihatan pergerakan penduduk-penduduknya




selepas kejadian lepas... 2 Mac 2013, yang menjadi titik hitam bagi warga Semporna
sehingga ke hari ini, penduduk Semporna masih dalam keadaan berjaga-jaga dan ada yang masih ketakutan
belum tahu lagi perasaan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan kejadian seperti Kg Simunul, Kg Bangau-Bangau, Kg. Senallang dan tempat-tampat yang di ceroboh seperti Kampung area2 Bugaya...




tapi yang pastinya...
kehidupan seharian untuk meneruskan kehidupan masih tetap diteruskan
memandangkan pekan adalah merupakan kawasan tumpuan untuk berurus niaga dan mendapatkan rezeki
mereka memberanikan diri walaupun keselamatan yang mereka masih ragu-ragukan...

apapun, selepas kejadian tersebut,
beberapa kejadian yang menyayat hati juga berlaku
seperti baru-baru ini pada 31 Mac 2013
kejadian kebakaran berlaku dikawasan bangunan lama iaitu kedai kasut... Eng Kee...
terbakar habis, tiada kemalangan jiwa yang berlaku...


pandangan belakang kedai sebelum kejadian...


~ selepas kejadian ~

apapun, hidup perlu diteruskan...
setiap ada sememangnya ada sahaja masalah dan perkara buruk yang berlaku...
hadapai dengan senyuman...

tetapi, masih juga ada kelibat pelancong di pekan semporna
walaupun mereka tahu beberapa perkara yang tidak diingin berlaku
mereka masih tetap datang ke Semporna
sebeb kecintaan mereka kepada Keindahan daerah Semporna yang kaya dengan pulau-pulau dan dasar lautnya yang indah dan mempesonakan


masih sunyi...







dan menjadi tanya tanya...
sama ada regatta lepa jadi atau tidak
kita hanya menunggu jawapan dari pihak berwajib...






apapun semua itu...
Semporna masih dalam keadaan aman dan damai
walaupun masih belum di nyatakan sebab Selamat...
yang pasti Parlimen sudah bubar...
semangat pengundi dan peminat parti-parti tetap teguh...
seperti teguhnya tugu ikan Marlin tersebut...


Cintailah keamanan...
pilihlah untuk Mengundi...
saya Pilih MALAYSIA... yang aman, damai dan harmoni


PRAY for SABAH, Pray For Semporna



p/s :: kembalikan hak kami, hak untuk memiliki kebebasan dan Keamanan... peace no War... i Love SABAH... i LOve Malaysia

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular