Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES 2012 (Sesi Raptai Pertama)

:: Suka Suki sepanjang raptai ::

layout (33).jpg

UUM ONLINE: Seramai 1,284 pegawai kadet dari 15 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia berkumpul di Padang Kawad Palapes Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menjayakan raptai Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-31, pagi semalam.

Mereka akan ditauliahkan pada 17 Julai akan datang sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mula berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak 1 Julai lalu.

Raptai ini turut dihadiri Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Abdul Hamid, Pengarah Canselori, Baharudin Yaacob.

Raptai tersebut melibatkan perbarisan DiRaja oleh 990 pegawai kadet yang berlangsung di Padang Kawad Palapes UUM serta istiadat pentauliahan di Dewan Mu’adzam Shah.

Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UUM, Leftenan Kolonel Roslan Hussin ketika ditemui berkata, raptai pada hari ini berjalan dengan lancar berikutan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak.

Katanya lagi, raptai melibatkan Pengarah Pengurusan Latihan, Markas Latihan Tentera Darat telah diadakan pada 6 Julai lalu manakala raptai penuh Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-31 dengan melibatkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan diadakan pada esok, 11 Julai 2012 dan turut disertai Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

p/s :: maybe aGong Tak dapaT datang... =(

Ulasan

Catatan Popular