First day Melapor diri untuk Praktikal

~ Seminggu aku praktikal di sini ~

Alhamdulillah, dapat juga aku melapor diri di pejabat daerah Semporna pada 6 ogos hari tu.
Ingatkan banyak benda nak dibuat dan sangat2 risau dan takut apa yang akan berlaku pada hari tersebut.
Bila masuk jak dalam pejabat, ada 4 orang staff yang sudah berada di dalam pejabat tetapi, penyelia ataupun pegawai penerangan yang bertugas sebagai penyelia saya masih belum sampai... ada tugas luar (di Tawau)...

Sebelah petangnya, selepas jam 2 petang barulah pegawai tersebut datang dan saya terus melapor diri.
permulaan memang sangat2 merisaukan... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
dan paling best... penyelia a.k.a Boss aku sangat2 sporting...

Saya akan menghabiskan 4 bulan bersama-sama staf da pegawai penerangan Semporna.
Mudah-mudahan, ikatan dan hubungan yang dibina sebagai satu pasukan, dapat membimbing dan memberikan pengalaman dan pembelajaran yang cukup bermakna kepada saya... LOVE PENERANGAN

 peJabat Penerangan Daerah Semporna...

p/s :: Semoga di Bulan yang mulia ini, sama-sama kita mendapat keberkatan dan hidayah daripada ALLAH S.W.T, Insya ALLAH


Ulasan

Catatan Popular