Majlis berbuka Puasa Kg. Lihak-Lihak

~ Majlis Berbuka Puasa, Solat hajat dan Program Komuniti daerah ~

Belum sempat nak buang penat yang ada, ditambah lagi dengan program seterusnya... di Kg.Lihak-Lihak, Semporna... sebuah kawasan kampung yang sangat jauh dari Pekan Semporna.. seyesLy

Ingatkan kena ikut jalan lama, iaitu jalan dari kampung Tanjung Kapor, Bugaya...
Last2, kena ikut jalan ke Kunak untuk ikut jalan darat ke kampung tersebut...
tidaklah jauh sangat, tapi boleh tahan juga lah... kita orang naik van Penerangan... janji ada aircond...

seriusly, aku first time datang kampung ini...
Sangat2 jauh dan ketinggalan sedikit berbanding kehidupan di pekan apatah lagi bandar...
tapi, aku suka kawasan kampung ni... biar jauh dari pekan tapi tetap tenang dan nyaman...

seterusnya, program kami iaitu bersama-sama PIBG sekolah dan pelajar2 tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini yang akan bermula selepas seminggu hari raya nanti.
 majlis bermula dengan ucapan daripada pegawai penerangan semporna, diikuti dengan ucapand daripada guru besar sekolah, ceramah tazkirah, penyampaian wang raya kepada anak-anak yatim, majlis berbuka, sola maghrib dan isyak berjemaah, solat hajat dan di akhiri dengan solat tarawih...

Guru-guru yang sporting dan pelajar-pelajar yang happening.. Jon ronda gambar2...


~Bas kesayangan, teda bas ni.. memang tidak sampai la dalam ni kampung ~ 


~Masjid Rahmani, Kg. Lihak-Lihak, Semporna, Sabah~


~S.K Lihak-Lihak, Semporna, Sabah ~


~Kawasan sekitar masjid... abru beberapa hari jak digunakan... masjid baru di kampung ni ~


~ Tiang elektrik... motif aku post... bukan apa bah... 2 hari dah bekalan elektrik terputus, sepanjang program pun, terpaksa menggunakan generator untuk dapatkan sumber elektrik... ~


~Guru Besar Hjh Sabtiah Hj Lakim, Sk Lahak-Lihak ~


~ Pegawai Penerangan Daerah Semporna, En Marisa Gabut ~


~ Wakil JHEAINS Semporna, selaku penceramah ~


~Sebilangan Pelaajr tahun 6 SK Lihak-Lihak, Semporna. ~


~ kemeriahan berbuka puasa bersama PIBG dan pelajar2 tahun 6 ~


~ ni bahagian tempat perempuan... masih belum ramai yang sampai ~


~ sebilangan ahli majlis, malu-malu maw ambil gambar ~


~ jom serbu mee goreng itu... meriah2 ~


~ moreh... selepas solat tarawih sempat lagi makan... kenyang2 ~

p/s :: maw lagi datang di kampung ni nanti, insya ALLAH ada masa... best bah

Ulasan

Catatan Popular