Balingbelakang... Ceritera Ustaz Kazim Elias di Semporna

:: Baru maw update, kisah yang lalu ::


banner program. besar kot...


inilah wajah ustaz atau alamak yang aku minati.
walaupun tidak dapat follow rancangannya dalam astro Oasis "Kalau Dah Jodoh"
aku tetap minat dia, cara dia bagi ceramah dan kehebatan ilmunya.
"Pandanglah ilmu seseorang berbanding memandang hanya pada pakaian atau hartanya".

menurutku,,,cehhh... ayat
Majlis yang berlangsung haritu memang meriah
Namun,
mungkin disebabkan "Isu Pencerobohan Pulau Mabul" yang berlaku malam sebelum majlis
menyebabkan segelintir individu yang tidak dapat hadir
apapun, majlis memberangsangkan.
tidak kelihatan satupun kerusi pada hari itu melainkan kerusi penceramah.
semuanya duduk atas alas masing-masing di atas tanah.
Terbaiklah penganjuran. cumanya... selepas kejadian yang begitu mendukacitakan.

apa yang disampaikan adalah mengenai aspek kebersihan di Bulan Ramadhan,
mungkin sebab terlalu banyak ter "ketawa" kali menyebabkan mereka terus lupa
Lupa untuk membersihkan kawasan tempat dorang duduk
alas yang mereka gunakan iaitu Plastik yang mencacatkan mata untuk melihat
tapi pengurusan memang tip top lah.
Habis jak Majlis, mereka terus bersihkan dan semuanya kembali kepada asal...
TIADA SAMPAH
terima kasih pihak MDS.

Adik-adik pelajar Asrama punn dapat turut serta
sebab kemudahan bas Tongtalun disediakan walaupun SMK BUM-BUM tidak dapat.
tapi sekolah-sekolah lain dapat.
Dimaklumkan, lebih kurang 20000++ hadirin yang turut memeriahkan majlis
kurang pastilah sebab kalau nak kira satu-satu memang JENUH la.
terlalu ramai, ada yang berdiri sebab padang lembab dan basah
ada yang stay di grandstand dan ada yang duduk menghampiri kanopi VVIP.
(Nampak tak macam VVIP pown sebab semua nak duduk dekat2
siap bawak satu family walaupun tempat disediakan hanya untuk seorang jak.
ada plak yang buat derkkk... nothing jak duduk sekali dengan saf LELAKI

ini majlis agama la cek akak, bukan KONSERT.
hormati majlis agama.
dari saya sebagai seoarng blogger, teruskan la usaha ini
seperti kata UKE (Ustaz Kazim Elias)
Orang-orang kenamaan atau pihak2 YB yang ramai di Semporna ni
berbuatlah amal kebajikan, dirikan sekolah-sekolah agama, sekolah tahfiz
mudah untuk mereka anak-anak mudah mendapatkan ilmu agama
mudah juga bilamana ada majlis-majlis TAHLIL atau sewaktu dengannya.
jemput mereka untuk melaksanakan majlis.
(Sentap kalik bah YB masa tu, aku sendiri pun sentap)

Dengar-dengar bayaran UKE dalam RM5K jak, tu jak dia minta
Wallahualam la, aku tanya seorang hamba ALLAH.
dan, ada seorang YB tu siap derma dalam RM30K... wah rezeki bulan ramadhan Ustaz.

Cumanya, aku keciwa di saat-saat akhir majlis ketika selesai semua majlis.
Ustaz yang ketika tu berada di atas stage berdiri kaku sahaja
melayan karenah orang nak selfie bagai, lelaki perempuan sama
pergaulan sangat bebas ya ketika itu.
dan apa yang menjelekkan majlis akhir tu,
ustaz open jak nak bergambar dengan peminatnya
Namun, pihak mereka menghalau macam menghalau apa jak
Bagilah peluang sekejap
kenapa PUAK-PUAK kamu kalau ambil gambar dilepaskan jak begitu.
tapi orang-orang biasa yang datang jauh-jauh untuk melihat dan bergambar dengan UKE dihalau sedemikian
sedihlah.

untuk gambar yang lain tekan link ini ===> LINK A.B.H

p/s:: Paling bestnya, tidak kering gusi dengar ceramah ustaz.

Ulasan

Catatan Popular