Program Qiamullail Siri II Peringkat Daerah Semporna 2014
:: Anjuran Angkatan Belia Hebat dan Persatuan Belia Semporna yang lain ::
Banner Program
usaha dalam mengajak dan membawa belia dan beliawanis di daerah Semporna untuk bersatu dan bersama-sama dalam menjayakan apa jua aktiviti dapat dibuktikan melalui program ini. hal ini kerana, beberapa buah persatuan termasuklah penganjur iaitu Persatuan Belia Hebat (Angkatan Belia Hebat) dengan kerjsama JHEAINS, Persatuan Siswazah Sabah cawangan Semporna (P.S.S & K.R.U), Kelab Remaja HALUAN (KeARAH), sukarelawan MyCorps, Persatuan Pencinta Alam Semporna (GREEN SEMPORNA), Persatuan Belia Kabogan Semporna, gabungan Mahasiswa Semporna dan beberapa hadirin yang bersama-sama menjayakan aktiviti ini.
Program berbentuk sukarelawan dalam menyiapkan bubur lambuk pada sebelah petang sekaligus mengagih-agihkan kepada orang ramai dan juga majlis Iftar Berjemaah. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah dan juga disusuli dengan majlis Forum Perdana yang bertajuk, "Jika Ini Ramadhan Terakhir Bagiku" yang dapat dijalankan pada sebelah malamnya iaitu sekitar jam 9.30-11.30 malam.
Selepas majlis bersurai, sukarelawan dan peserta berehat sektika di masjid dan kemudiannya disusuli dengan majlis Solat Qiamullail secara berjemaah, sahur dan solat Subuh berjemaah kemudiannya diakhiri dengan ceramah Subuh.
sepatutnya ada lebih lagi Persatuan yang saya telah jemput dan ajak. Entah atas sebab apa mereka tidak dapat hadir mungkin "Isu Perintah Berkurung" yang dikeluarkan oleh PDRM atau sebaliknya. Walaupun sudah puas memujuk Presiden tapi tetap tarik diri. Harap, banyak lagi kerjasama lepas ini.
bila dilihat, ramai sebenarnya persatuan-persatuan lain di daerah Semporna.
andai semunya bergabung dan memeriahkan majlis bersama
sudah pastinya bilangan yang pada hari itu seramai 170++ orang dapat diperbanyakkan dan dimeriahkan lagi. antara persatuan yang dikenalpasti melalui facebook:
dan, pada harini, Majlis Qiamullail diteruskan lagi yang dianjurakn oleh pergerakan PEMUDA UMNO SEMPORNA di masjid Inabah Kamal iaitu pada 26-27 Julai 2014. sama-sama kita meriahkan.
majlis yang hampir sama iaitu majlis berbuka, Qiamullail dan Sahur.
In sha Allah tuan-tuan.
gambar sepanjang program ===> LINK
p/s:: Semoga kita terus kuat dan bersatu padu dalam kesepaduan di kalangan Belia dan Beliawanis Semporna. Semporna minjari bah...
Ulasan
Catat Ulasan