kisah 10/12/2010... jam 8.00 itu... (lambat post)
~engkau sahabat, engkau teman sejati...~
hari kelmarinnya, aku diberitahu bahawa kawan saya nie masuk ICU... aku sangka elok jer dia...
(kawan aku ni walaupun baru jer 3sem= setahun setengah kenal)... aku layan jer tido aku, tetiba jiran bilik aku bagi bangu dalam keadaan yang mengejutkan sebab dorang mana pernah kejutkan aku untuk bangun... so, aku marah la kenapa kejutkan...tapi sebelum tu aku sempat gak baca facebook mobile yang kawan sed kat wall post dia...bahawa "Afie Nordin
aku sangka dia main2 jer, rupanya betull..INNALILLAHIWAINNALILLAHI ROJIU'N... masya ALLAH... di pergi tinggal semua apa yang dia ada kat Dunia ni...sedihnya dan aku terpaksa diamka diri tuk seharian sebab macam tak merelakan kepergianya...Maklumlah, aku baru kawa dengan dia 3sem jer..baru berapa bulan..masih tidak puas nak berkenalan dengan kawan yang bernama HAFIZAN OTHMAN anak kelahiran PERAK...
sedih masih menghantui diri ini sebab rasa diri ini banyak buat dosa dengan arwah, saya selalu gaduh dengan dia kat Hortel, aku sedih selepas dengar dia dah pergi buat selama-lamanya.... lepas ni denga siapa lagi aku nak main, nak gurau dan nak gaduh2 denga kawan yang baek macam arwah, sedih masih menyelubungi diri ini dan kalauu boleh, aku nak sangat peluk dia, nak sangat gurau dengan dia dan nak sangat cakap dengan dia bahawa
" AKU SAYANG SANGAT DENGAN DIA" dan nak cakap " KO SAHABATKU DUNIA AKHIRAT"... tapi, semua itu hanyalah harapa yang tidak akan sampai kepada arwah melainkan Arwah diletakkan di tempat2 orang berima...
dan, aku bersyukur sangat dengan arwah sebab kepergian arwah jatuh pada pagi hari jumaat dan ternyata sesiapa yag meninggal pada hari jumaat, jasadnya tidak akan di hisab di alam kubur...INSYA ALLAH...semoga arwah diletakkan bersama-sama golongan orang yang beriman dan semoga ALLAH permudahkan hukumannya di alam KUBUR..insya ALLAH...amin..
semoga arwah bersemadi dengan tenang..amin...saya sayang awak sejak saya kenal awak dan saya akan sentiasa sayang awak sejak saya kenal diri awak dan sehingga saya meniggal dunia...
itu janji saya kawan... dan ayat daripada petikan facebook pada jumaat 10/12...jam 09.19 pagi...
"Panglima Aibar
Salam buat Semua,,Alhamdulillah arwah selesai dikebumikan semalam. Selesaikan dikebumikan dalam jam 7.15 ptg(10.12.2010). Tempatnye di Kampung Sg Dara Tanjung Malim..Moga2 roh dicucuri Rahmat Allah.Dan dari pihak Ibu dan keluarganya ucapkan SALAM buat semua n terima kasih atas bantuan2 Secara lansung atau tidak lansung buat arwah dan keluarga sepanjang perkenalan bersama Armarhum Hafizan Osman dan sehingga ke akhir ayat Beliau.Yang pergi tetap pergi yang kita masih sihat ini teruskan perjuangan. Arwah mahukan kita semua berjaya dalam apa jua yang diceburi.Kita sebagai sahabat sentiasala doakan buat Hafizan dan Ingat walaupepun yang berlaku dunia akhirat dia tetap Sahabat Kita Semua...Ok terima kasih.."...
bacalah luahan hati saya ini jika engkau bisa mendengarnya... khas untuk arwah HAFIZAN...
Sahabat...
engkau adalah temanku,
engkau adalah kawanku,
engkau adalah rakan seperjuanganku,
dan engkau adalah teman sehidup sematiku.
Sahabat...
engkau ada dikala aku berduka,
dan engkau ada dikala aku gembira,
engkau menjadi sumber ilhamku,
dikala aku memerlukan teman yang menerangi hidupku.
Sahabat...
sehari aku bersamamu,
ku rasa seperti sejuta hari bersamamu,
namun, aku masih tidak sedar semua itu,
sehingga saat itu tiba kepadaku,
baru ku sedar bahawa dirimu begitu berharga buatku.
Sahabat...
sejenak aku berfikir dibenakku,
kenapa aku persiakan budi dan jasamu,
tidak pernah menghargai masa bersamamu,
dan tidak pernah memberi ruang kepadamu.
Sahabat...
jika masa bisa diputar semula,
dan jika saat itu boleh diulang kembali,
akan ku selami jiwa dan raga,
agar kita kenal lebih rapat dan erat.
Sahabat...
tiada apa yang mampu ku kata,
hanya doa dan harapan,
yang hanya mampu ku berikan,
agar engkau selamat dan tenang bersemadi di SANA...
semoga engkau bersemadi dengan tenang sahabatku.... saudara HIFIZAN OTHMAN....
posT bY..bolonganaksemporna...10/12/2010....jam 11.10 pagi
Ulasan
Catat Ulasan