PARLIMEN BELIA: Dari perspektif jiwa hatiku sebagai Belia...

Aku mengenali belia sejak 2003 di mana sering keluar iklan-iklan mengenai Rakan Muda dan pada masa itu masih menggunakan logo yang lama berbentuk segi tiga tidak macam sekarang dalam bentuk bulatan... seperti dalam rajah (search by mr google):

Yang lama...


Yang baharu...


Mengenai cerita Semporna, first time yang saya tahu mengenai Rakan Muda adalah pada tahun 2003 masa tu program Rakan Masyarakat di buat di Tampi-Tampi, Semporna. tu jak... jom, berkisar kepada Parlimen Belia....

Pendaftaran sebagai pemilih Parlimen Belia sudah ditutup sejak 16September2014 yang lepas manakalan pendaftaran sebagai Calon Belia pula akan ditutup pada 22 September 2014 nanti. Oleh yang demikian, kepada calon-calon yang masih ingin mendaftarkan diri, sila daftar secepat yang mungkin dengan beserta pencadang dan penyokong... hehhee

Bagi sayalah, sebagai seorang Calon Parlimen Belia... kreteria yang sepatutnya ada:

1) Sifat Kepimpinan dan Pengikut Setia
   kenapa? Sebabnya, sebagai seorang Calon sewajarnya mempunyai sifat Kempimpinan yang lebih disegani dan mampu menjadi seorang pemimpin bukan sahaja adil lagi saksama, tetapi juga mempunyai karisma serta "Role Model" yang baik kepada belia dan beliawanis yang lain agar dapat menjadi contoh dan tauladan kepada pembangunan dan perkembangan Belia dan Persatuan yang wujud di Malaysia kini selainnya kepada daerah masing-masing sekiranya tercalon.. antara sifat yang sepatutnya ada adalah Karismatik dan Demokrasi selain memang layak dianggap sebagai pemimpin dan ramai pengikutnya.

2) Aktif Mengadakan Program Bukannya hanya Berhujah Semata-mata.
Bagi aku sebagai seorang calon sewajarnya bukan sahaja aktif di kampung, daerah dan negeri malah melibatkan antarabangsa. Bukannya apa, kata orang-orang tua, jauh perjalanan luas pengalaman. (bukan pemandangan ya, tu maksudnya makan angin jak). Ini kerana, dia bukan sahaja pandai berkata-kata malah mampu menjadi ikon dan membawa suara belia dipersada dunia. Ikon kepada negara mahupun daerah dan negeri sendiri. Biasanya, ada segelintir yang hanya pandai berkata-kata tetapi tiada tindakan... bak kata saudara "ALEX" calon daripada Tawau... jangan jadi seperti TIN KOSONG, hanya tahu berbunyi tetapi tiada isi... Bermula daripada ikut program, kemudian buat program sendiri sama ada di daerah sendiri mahupun negeri dan juga tahap antarabangsa (why not). Jadilah pemimpin yang mana wujud dari bawah bukannya dari atas terus mendongak ke langit. 

3) Pendidikan itu satu BONUS bukannya LESEN
Bagi saya, seseorang calon yang memiliki Ijazah Sarjana mahupun Sarjana (master) ataupun PhD tidak semestinya dia layak dan tahu semua benda. Maksud aku dalam berporgram la, bukan yang lain-lain. Kenapa? Cuba Try Test la, budak yang memiliki Ijazah tetapi tidak pernah buat apa pun program ko bagi suruh buat program apa yang dia akan dapat laksanakan dan mampu lakukan. Bukan aku cakap aku terer ka apa, tapi pengalaman mendewasakan. Bak kata orang la...Calon yang mempunyai background Akademik yang baik dan biasa dan selalu dan mempunyai luas dan banyak pengalaman dalam berprogram itu adalah yang paling baik dan sangat-sangat sesuai. Bukan hanya tahu mempromote diri untuk di undi padahal "TIN KOSONG"... macam saudara Alex... walaupun pendidikan tidak tinggi, namun pengalaman beliau berprogram sehingga ke tahap antarabangsa memang tidak dapat dinafikan... my Vote for You Alex...

4) Pengalaman Yang MEndewasakan
Apa yang saya ingin nyatakan, sekadar ikut-ikut program itu adalah basic melainkan anda sendiri buat program di tempat anda. Kenapa? Sebabnya, anda join program bukan bermakna anda tidak layak jadi Calon tetapi itu belum memadai lagi. Tapi, sekiranya anda sendiri sudah pernah mengadakan dan membuat sebarng program dan lebih, itu cukup-cukup memadai untuk jadi seorang calon... kenapa? Yang lebih utama, kamu akan faham apa kehendak dan keperluan sesebuah program itu, selain itu, anda juga akan faham sejauh mana keperluan dan kehendak peserta dan dan keinginan mereka untuk menjadi belia yang proaktif. Selain itu juga, pengalaman selain itu program dan mengadakan program yg mendewasakan juga mampu menjadikan seseorang itu terkenal bukan sahaja kepada stakeholders mahupun VVIP tertentu, malah ia akan lebih dikenali oleh ramai pihak.

Banyak sebenarnya ingin saya katakan, ini adalah sekadar bisikan minda yang saya coret menggunakan basic idea sahaja. sebenarnya, ada lebih banyak pandangan dan cadangan sebenarnya untuk menjadi Calon yang sememangnya LAYAK... maaf kepada yang terasa... sekadar coretanku.

Antara calon daerahku #Semporna:





p/s:: Tiada kena mengena antara hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015