Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO)

Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) Semporna


Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) 
Semporna, Sabah

Visi WAPO:
Ekosistem marin yang diurus secara mapan oleh penduduk Pulau Omadal bersama agensi lain yang memberi manfaat kepada sosio-ekonomi masyarakat di samping kebudayaan tradisi kaum Bajau dikekalkan. 

Latar Belakang WAPO:

Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) ditubuhkan pada Januari 2010 dan didaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Ogos 2012. WAPO adalah terdiri daripada sekumpulan wanita yang mahu mengutarakan isu asas yang mempengaruhi mereka dan keluarga seperti isu kemiskinan.

Kumpulan wanita ini juga ingin membawa bersama komuniti setempat lain dalam aktiviti konservasi alam sekitar serta memperbaiki tahap sosio-ekonomi dengan penglibatan dalam aktiviti peningkatan pendapatan seperti penghasilan kraftangan dan program eko-pelancongan.

Terdapat banyak program yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia bagi meningkatkan kapasiti WAPO. Antaranya lawatan sambil belajar ke Persatuan Wanita Kampung Mangkuk, Setiu Terengganu, lawatan konservasi penyu laut di Pulau Selingan dan Lankayan, latihan pembuatan kraftangan, asas kepada fotografi dan fungsi kamera dan lain-lain.

Sejak penubuhannya, WAPO dengan aktifnya telah mula menghasilkan kraftangan (hasil tunjuk ajar dari Kraftangan Malaysia dan Gerai Orang Orang Asal) dan menjual di beberapa acara di mana WWF terlibat secara langsung seperti Mataking Reef Day, Semporna Regatta Lepa, Minggu Penyu Laut Semporna dan Majlis Berbuka Puasa Semporna 2013.

Pada masa ini, WAPO fokus dalam program peningkatan kesejahteraan melalui aktiviti pengurusan sumber alam secara mapan iaitu eko-pelancongan (setakat ini adalah penghasilan kraftangan dan pakej pelancongan). Sebahagian hasil daripada pendapatan aktiviti-aktiviti eko-pelancongan ini (i.e 10% daripada hasil penjualan kraftangan dan pelan akan datang, iaitu konsep "setiap pelancong ke Pulau Omadal adalah partners dalam konservasi marin" di mana sejumlah wang serendah RM5 dari setiap pembayaran pelancong untuk program eko-pelancongan akan disumbangkan ke Tabung Konservasi WAPO. Tabung ini akan digunakan untuk membiayai kerja-kerja konservasi WAPO.

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015