Persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO)

Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan persatuan ini. Sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan dalam ruangan ini.

WAPO atau Wanita pulau Omadal adalah merupakan sebuah persatuan yang giat aktif sejak tahun 2010 lagi dalam usaha dalam mengurangkan dan mengatasi isu kemiskinan dalam kalangan penduduk kampung di Pulau Omadal terutama golongan Wanita yang hanya tinggal di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti berbentuk ekonomi yang mampu menampung keluarga mereka. Justeru, usaha penubuhan WAPO di pulau tersebut telah banyak merubah dan mengurangkan masalah isu kemiskinan penduduk di sana.

WAPO lahir daripada gabungan OMA pada dahulunya iaitu Omadal Menampilik Agar-agar iaitu satu perusahaan agar-agar hasil gabungan Wanita pulau Omadal dan Menampilik. Akibat ketidaksaksamaan dan kesefahaman berlaku, masing-masing membawa diri dan WAPO mengadakan suatu mesyuarat dan akhirnya mewujudkann WAPO (sumber: Kak Roziah - Pengerusi WAPO)

Senarai Ahli Jawatankuasa WAPO (Terkini)

Pengerusi: Roziah Bt Jalalid
N. Pengerusi: Sitti Rasah Bt Hj Abdul
Setiausaha: M. Ikhwan Bin Mansula
N. Setiausaha: Nurulhuda Bt Hj Hassan
Bendahari: Naisah Bt Tangkih
N. Bendahari: Rasidah Bt. Tangkih

Unit Penaja Ekonomi: Roziah Bt Jalalid
Unit Konservasi: Sitti Rasah Bt Hj Abdul

untuk perkembangan WAPO di FACEBOOK WAPO

dari aspek Ekonomi, WAPO telah lama menghasilkan hasil kraftangan yang diperbuat daripada PANDAN untuk membuat hasil anyaman seperti gelang, cincin, tikar, beg bimbit dan galas serta cenderamata.




Biasanya, WAPO akan menjalankan aktiviti membuka Booth sempenan Hari Kraftangan Malaysia di seluruh Sabah. Dan, sebarang pertanyaan atau tempahan mahupun untuk menjemput WAPO dalam sebarang bentuk bengkel dan tutorial membuat anyaman boleh terus merujuk kepada kak Roziah melalui telefon : 017-8603427 atau Kak Sitti Rasah: 019-8702221. melalui Facebook WAPO mahupun facebook Kak ROZIAH




antara misi dan visiWAPO yang paling utama dalam menjalankan aktiviti menghasilkan dan menjual kraftangan adalah disebabkan bagi mengumpul dana dalam aktiviti konservasi WAPO. dalam aktiviti ini, WAPO dalam usaha dan kerjasama bersama WWF-Malaysia untuk melindungi dan memelihara serta memulihara telur Penyu Laut melalui dalam sangkar. sejak JUN hingga November 2014, WAPO mendapat GRANT daripada WWF-Malaysia untuk menubuhkan Hatchery dalam usaha memastikan agar telur-telur penyu dilindungi dan menetas dengan selamat.



Sangkar yang dihasilkan bagi melindungi Telur Penyu yang dijumpai di sekitar Pantai Pulau Tepung, Pulau Omadal, Semporna. Antara penyu yang biasa mendarat adalah jenis Penyu Hijau dan Penyu Sisik. Biasanya kebanyakan adalah penyu Hijau.

p/s:: hanya ini yang dapat saya kongsikan, tidak banyak Ilmu mengenai WAPO, masih mengkaji. terus jak hubungi individu yang saya telah nyatakan di atas. Jika terdapat sebarang GRANT dan bantuan serta sumbangan yang boleh diberikan, kami daripada pihak WAPO sangat mengalu-alukan terutama untuk tujuan konservasi Penyu melalui WAPO. Terima Kasih. Arigato Gozaimas.




Ulasan

Catatan Popular