Sukarelawan 1M4U sampai Semporna (SK Balimbang dan Kg Look Butun, Pulau Balimbang, Semporna)

:: Impianku yang tercapai, sejak 2012 lagi::

dulu pernah aku memohon, untuk program ambang tahun baru bagi program Karnival Belia Semporna, adalah bajet tu dia bagi, last2, program tu kurang mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia yang lain di Semporna, lagipun bajet tidak sampai seperti yang dirancang, jadi terpaksa aku batalkan, tambahan program tu ada pihak lain yang buat jadi aku, relakan jak la. batalkan gran.

Untuk tahun ini, cuba sekali lagi memohon untuk program yang lain, alhamdulillah, dapat.
Terima kasih 1M4U sebab berikan dana.
inilah program saya, untuk pengetahuan, inilah kali pertama nama 1M4U sampai di Semporna.

Program Sukarelawan 1M4U Jelajah University Camp (U.n.i.C) 2014
bertempat di KG Look Butun, Pulau Bum-Bum Semporna (keluarga angkat dan gotong royong)
SK Balimbang Semporna, Sabah untuk program motivasi.
penyertaan seramai 57 orang pelajar dan 2 orang guru beserta 15 orang fasilitator
Terima kasih semua.
I AM SUKARELAWAN


Ole-ole dari Sk Balimbang, Semporna
#saluteMalaysia
#merdekaMalaysia


We're Volunteers 1M4U for Semporna District

Program Keluarga Angkat dan Khidmat Masyarakat, Gotong Royong di Kg Look Butun, Semporna
Program ini dijalankan dirumah makcik Joget (kami lebih senang memanggil nama beliau) selama 3 hari 2 malam iaitu pada 22-24 hb 2014.  Program ini dijalankan bagi mendekatkan lagi sukarelawan dengan kehidupan penduduk kampung di Pulau Bum-Bum, iaitu di Kampung Look Butun Semporna. selain itu, aktiviti gotong royong diadakan bagi membersihkan surau kampung tersebut serta memberikan sedikit sumbangan untuk kegunaan surau. ini adalah bagi mendekatkan lagi para sukarelawan dan belia untuk menjalankan khidmat sosial dan mengeratkan lagi silaturrahim dengan penduduk kampung.


Makcik Joget yang dikasihi. Terima kasih menjaga kami selama 3 hari.


Aktiviti di Surau


Aktiviti bersama adik-adik di kampung Look Butun. Sedikit permainan dan motivasi diberikan kepada anak-anak kampung yang berbentuk perkongsian ilmu.


Sumbangan kepada Surau Kg Look Butun, Semporna
Bersama Imam Surau


makan Malam, menu wajib. Ketam Laut. Sambal Belacan dan aggang


Sarapan pagi sebelum bertolak ke SK Balimbang, Semporna untuk program Motivasi bagi pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 SK Balimbang, Semporna.
Program ini diadakan bagi memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR September nanti (9-11 September 2014).
Semoga dengan ilmuu yang diberikan mampu memberikan sedikit ilmu dan suntikan motivasi kepada anak didik (saya bekas guru ganti sekolah ini dan mereka adalah bekas pelajarku) supaya berjaya kelak. In Shaa Allah, Amin.


Sesi taklimat sebelum memulakan aktiviti daripada Cg Fatah, penyelaras program


Sesi suaikenal dan taklimat Ice Breaking


Perkongsian Ilmu, sedikit motivasi


Latihan dalam Kumpulan
membentuk kumpulan, nama kumpulan, logo dan yell kumpulan


Aktiviti kreatif bersama adik-adik, baju rekaan siapa yang cantik dan kreatif?


University Magic Card, siapa yang dapat kumpul 10 kad kumpulan masing-masing yang tertulis nama Universiti Pilihan (UM, USM, UKM, UPM, UMS)


Bergambar bersama fasilitator mereka (cikgu Iwan dan cikgu Haris)


Terima kasih Guru Besar Cikgu Isre Haji Kabullia
memberikan kesempatan dan ruang untuk mengadakan program


#saluteMalaysia
#malaysiakuMerdeka
#57merdeka
#31081957 #31082014

terima kasih semua yang membantu dan paling utama pihak 1M4U dan pihak sekolah serta keluarga angkat. Terima Kasih banyak.


Ulasan

Catatan Popular