Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

~ Sedikit informasi sebab tiada yang update dalam mana-mana laman web kalau cari dengan mr. google... sekadar perkongsian maklumat bukan tujuan keuntungan~

Sabah Park, Tun Sakaran Marine Park & Pulau Sipadan Park, Kompleks Taman Pulau Semporna, KM 1.5 Jalan Bubul,
p/s 163, 91308 Semporna, Sabah.
Tel: 089- 782014
Faks: 089- 782 013

Pegawai:
Encik Bonnie Antuniu

Terletak berhadapan bangunan kedai Bathiar, Taman Sempol, Semporna. Jalan Semporna-Tawau. Berhampiran dengan pusingan bulatan ke Taman Nilam Semporna. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.



Objektif Taman-Taman Sabah, Semporna



Pejabat Utama Sabah Parks, Semporna



Pintu Gerbang dan Gate masuk ke Pejabat dan perumahan Staf Sabah Parks Semporna


Bangunan kedai Bathiar, Taman Sempol Semporna
Dan jalan menuju ke Pekan dan bulatan Ke Taman Nilam, Semporna.


Bangunan kedai baru yang meliputi Jabatan Pendaftaran Semporna, JHEAINS Semporna, Jabatan Tenaga Kerja Semporna dan beberapa buah restoran dan kedai.
Jalan menuju ke Kg. Batu Dua dan Tawau.


pada kebiasaanya, setiap agensi pelancongan di daerah Semporna yang terlibat bagi tujuan untuk memasukai pulau-pulau dibawah seliaan Sabah Parks atau Taman-Taman Sabah Semporna seperti Pulau Sibuun/Sibuan, Pulau Bodgaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain yang tidak dinyatakan adalah perlu untuk membuat kepastian dan memohon surat untuk memasuki pulau-pulau berkenaan. ataupun bagi tujuan fotografi dan mendaki di pulau Bohey Dulang. Jika tidak memohon sama ada agensi pelancongan ataupun pihak persendirian, Taman-Taman Sabah tidak akan membenarkan untuk memasuki pulau berkenaan mahupun akan dikenakan tindakan mengikut kesalahan tertentu.

p/s:: Sekadar perkongsian, sebarang pertanyaan boleh terus merujuk kepada pejabat melalui nombor yang saya berikan di atas. Office Hour: Isnin-Jumaat jam 8.00 pagi- 5.00 petang, Sabtu-Ahad: Half day. Thanks... =)

Ulasan

  1. Klau nak memohon
    Tuk aktiviti hiking ke bohey dulang
    Berapa bayarannya ya?

    BalasPadam
  2. Boleh saya dapat kan alamat gmail rasmi taman2 sabah di semporna ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular