caLon UMuM nO. 2 PRK UUM...

~caLOn UMUM PRK UUM~


  • NAMA : FAZLAN BIN THOMAS
  • PROGRAM : SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM
  • SEMESTER : 4
  • KOLEJ AKADEMIK : KOLEH UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARA BANGSA
  • CALON : UMUM NO. 2

"TRANSFORMASI MAHASISWA PEMANGKIN KREDIBILITI MAHASISWA"

(coPy dari paGe kawan)

BERSAMA UNTUK TRANSFORMASIKAN KEBAJIKAN MAHASISWA




by Norzaiful Zainal on Thursday, 17 February 2011 at 11:57



Alhamdulillah, setelah selesai sesi PENAMAAN CALON bagi Pilihanraya Kampus (PRK) UUM semalam (16 Februari 2011). Saya salah seorang yang berjaya menempatkan diri sebagai Calon untuk kerusi UMUM. Agak gemuruh juga kerana saya bertanding atas tiket BEBAS dan tidak bersama rakan-rakan baik saya di Parti PERUBAHAN.

Saya perasan dan sedar bahawa perjuangan calon-calon BEBAS yang menggunakan motto TRANSFORMASI MAHASISWA ini dicop sebagai PRO-M UUM. Justeru itu, ingin saya tegaskan disini, bahawa kami calon-calon BEBAS ini bukanlah PRO-M. Banyak perbezaan antara PRO-M dan kami calon-calon BEBAS yang ada ini.

Kami calon-calon BEBAS yang bertanding ini (4 kerusi UMUM dan 3 kerusi Kolej ) telah sebulat suara bersetuju untuk bekerjasama atas tujuan menjimatkan kos. Calon-calon BEBAS yang berani tampil ini bukanlah ingin menentang pentadbiran Universiti. Tetapi telah lahir dari lubuk hati masing-masing untuk berjuang menjaga kebajikan mahasiswa setelah beberapa perubahan yang dibuat Universiti dirasakan terbeban oleh mahasiswa.

Apa yang membezakan kami calon BEBAS ini dengan Pro-M ialah, kami tidak ditaja oleh mana-mana pihak luar. Itu jelas. Kami bukan menentang pihak Universiti dengan membuat demonstrasi atau protes di dalam Universiti dengan cara tidak bermoral seperti sesetengah Pro-M lain. Tetapi kami berjuang untuk kebajikan bersama melalui saluran yang betul iaitu melalui PILIHANRAYA KAMPUS. Seperti juga Pilihanraya Umum di kebanyakkan negara. Dan ini juga satu proses yang diperlukan oleh pentadbiran untuk memastikan bahawa sesuatu tindakan mereka itu disenangi oleh rakyat atau tidak. Inilah dinamakan DEMOKRASI.

Kami ingin tampil kehadapan sebagai calon BEBAS juga adalah untuk memastikan suara bantahan dan rintihan rakan-rakan Mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia ini didengar oleh pihak atasan. Justeru itu, ia sekaligus dapat menyedarkan pihak Pentadbiran sekiranya perubahan yang dilakukan mungkin tidak menyenangkan hati para Mahasiswa/i UUM.

Tujuan kami menggunakan tagline atau motto TRANSFORMASI MAHASISWA ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan pihak-pihak tertentu. Tetapi ia timbul dari pelbagai sebab dan sudut. salah satunya ialah menjimatkan kos kami sebagai calon BEBAS untuk PRK pada 22 Februari 2011 ini. Ini membolehkan rakan-rakan BEBAS yang lain juga mempromosi diri sebagai calon BEBAS. Ini bukan satu pertubuhan, tetapi satu laungan yang dipersetujui oleh calon-calon BEBAS termasuk saya untuk menyemarakkan lagi semangat mahasiswa/i untuk turun mengundi disamping dapat mempromosikan diri kami sebagai calon BEBAS.

Saya dan rakan-rakan calon BEBAS yang lain telah juga bersetuju untuk meletakkan agenda yang disebutkan di perenggan ketiga di atas. Tetapi kami juga menghormati antara sesama calon BEBAS yang perlu ada identiti sebenarnya dalam diri masing-masing. Kerana "We are here to lead not to follow". Jadi kami telah bersetuju utnuk menghormati dasar dan perjuangan bagi setiap individu calon BEBAS itu sendiri.

Saya akan meneruskan perjuangan untuk menuntut hak yang dirasakan perlu sebagai Mahasiswa dan perlu juga ia berlandaskan AUKU. Harap kalian dapat menyokong sepenuhnya perjuangan kami sebagai calon BEBAS Universiti Utara Malaysia.

Turunlah beramai-ramai mengundi 22 Februari 2011 ini. Pilihlah yang mana dirasakan layak untuk memimpin.

Salam TRANSFORMASI MAHASISWA.



  • apa yang ingin saya katakan disini bahawa.... saya telah membuat temu ramah dan kaji selidik mengenai masalah-masalah MAHASISWA UUM bagi memastikan SUARA MAHASISWA di bawa ke pihak pentadbiran...

*antara masalah-masalah tersebut adalah....


1. Mengenai penambahan subjek bagi mewujudkan INTERSESI untuk mengelakkan PELAJAR daripada EXTENT sem...
  • apa yang ngin saya katakan, buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 10 subjek sahaja yang layak untuk sesi INTERSESI... oleh yang demikian, kenapa kita tidak follow seperti apa yang dibuat oleh USM... mewujudkan INTERSESI bagi semua subjek yang perlu REPEAT atau GAGAL pada masa-masa peperiksaan akhir tertentu.
2. Mengenai Masalah Kesihatan melibatkan PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)
  • Etika pemakaian semasa mendapatkan rawatan seharusnya berpakaian formal... Bagi anda sebagai mahasiswa, perlukah atau wajibkah pemakaian formal tersebut. cuba MAHASISWA fikir sekiranya PELAJAR tersebut dalam keadaan kritikal, adakah dia perlu menukar pakaian terlebih dahulu untuk pergi ke PKU...? Tidakkah itu membuang masa dan mampu menambahkan sakit keapda PELAJAR?

  • selain itu, kami cuba berbincang degan pihak PKU agar kualiti dan layanan yang diberikan terhadap PELAJAR dapat dan mampu memberikan kepuasan kepada PELAJAR... walaupun staff-staff dalam PKU tersebut telah melakukan dengan sebaiknya, namun terdapat juga segelintir staff yang sambil lewa. so, kami harapa agar pihak perntadbiran memantau dan memastikan kod ETIKA kerja mereka dengan sebaiknya...

  • kalau boleh, meramaikan staff yang berada di dalam PKU tersebut supaya pelajar tidak perlu untuk beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan serta seharusnya sentiasa ON tIME sekiranya mendapat penggilan kecemasan daripada PELAJAR.
3. Kebajikan SISWI terjamin semasa hari-hari biasa dan semasa CUTI-CUTI tertentu

  • seperti yang kita sedia maklum, BLOK penginapan pelajar SISWI tidak dipagarkan dan terdedah kepada bahaya serang hendap dan ganguan daripada erkara-perkara tertentu seperti kes-kes sebelum ini yang berlaku di beberapa DPP...
  • kami harap agar phak pentadbirang menyediakan kemudahan keselamatan seperti CCTV dan pantauan yang kerap oleh pihak Unit Keselamatan UUM... ini bagi memastikan tiada sebarang gangguan yang boleh berlaku...INSYA ALLAH
  • keselamatan bilik dan BLOK... serta meramaikan lagi pekerja atau staff wanita bag menjaga dan membantu SISWI.. hal ini bagi mengelakkan perkara-perkara tertentu dapat dielakkan dan PEMUDAH CARA SISIWI untuk mendapatkan bantuan.
  • BAgi cuti-cuti tertentu atau CUTI MIDsem... kebanyakkan PElaJar DARIPADA BORNEO seperti SABAH, SARAWAK dan LABUAN tidak pulang bagi mengawal dan mengurangkan kos tambang kapal TERBANG... so, pihak pentadbiran seharusnya mengambil nama dan sentiasa menjalankan rondaan dan ketatkan syarat semasa mereka berada di Dikampus pada waktu cuti...

4. Mengenai MASALAH berkenaan makanan , keselamatan dan kebersihan CAFE-CAfe di seluruh UUM.

  • Hal ini sentiasa di jaga dengan bersih dan selamat daripada LALAT, habuk kotoran, dan lai-lain lagi... Oleh yang demikian, pelajar mudah untuk mendapatkan servis atau kepuasan daripada makanan yang merekaa beli.
  • memastikan pautauan dan kebersihan sentiasa di periksa secara berkala sama ada 1x seminggu atau 2x seminggu... Pengredan juga sangat sesuai bagi memastikan tahap kebersihan servis cafe-cafe tersebut sentiasa dipantau...
  • memastikan juga LANDSKAP kawasan tempat makan di CAFE-CAFE sentiasa cantik dan sesuai bagi memperlihatkan bahawa suasana tempat makan di UUM adalah bersih, selamat dan sentiasa teratur dan menarik.
  • mengusulkan supaya harga disetiap cafe-cafe adalah sama rata dan tiada yang berlainan harga...dan, jika dapat, harga setiap makanan akan dikenakan cas dan melabelkan harga-harga setiap makanan yang disajikan

~maybe kalau kita berjanji banyak-banyak pown kalau semua tak diterima apa boleh buat kan...so, pesanan daripada saya..."KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN"...

postBy : boLonganakSemporna.blogspot.com.... 21 Feb 2011... 2.30 petang


Ulasan

  1. gud luck lan....
    skrg tmpt ku pun tngah buat pmilihan tuk perwakilan pelajar....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular