laYak Kah akU beRgeLar MPP....
~memBiDAs menGenai PiliHan raYa kecil...UUM...~
mengeNai PRK ...UUM yang akan tiba tak lama lagi...mayBe 16Hb ni kot... apa yang saya konGsi kat Siini...kali Ni agaK lamBat sikiT UUM buat PRK untuk Sesi 2011..enTah kenaPa.. BTW, maSa ni yanG tak SabaR nak Tgk org Tue bertandinG....
seBab, denGAr khaBAr baiK, ada Orang nak IkuT berTanDing...saPer erk...kaTanYa... aku Ker...hahahahah...opsss!!!!..jangan oVer taw...maYbe koT aku IkuT berTanding..inSya ALLAH...
seBenaRnya, aku masiH tak Faham apa PRK nie... sebab aku bukan Budak POLITIK... almakLumlah. aku dah BelaJar dalam bidang Pengurusan AWAM...taw gaK lah sikit-sikit....
apapUn, saya harap seLepas ini, saya faHamLah apa Itu ASPIRASI.... PPO-MAHASISWA....dan ... BEBAS...akU tak taHu apa benDa-benda ini semua...apaPun..aku cuba nak menGetahui semua itU...waIt for Me....
ok..tHat oll..laMa tak TULis BELOG kan...?..hahaha...buZy bah...maKAseH...
(kata-kata ni dipetik daripada sumber...: http://kekoh.blogspot.com/2010/12/pilihanraya-kampus-bakal-mengoncang.html
Pilihanraya kampus (PRK) saban tahun tetap dan pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, ia juga bakal menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.
Di celah-celah itu, ramai pihak luar yang mempertikai, mengapa para mahasiswa perlu ambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Yang lebih dibimbangi adakah ia sebagai alat kepada kumpulan atau parti politik tertentu yang berkepentingan?
Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Kepercayaan bahawa setiap mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpin mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, serta menyediakan pelbagai jenis program samada ilmiah atau tidak. Juga atas keperluan lain. Alasan ini paling suci dan asli (genuine) serta perlu diberikan kredit.
Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi yang unggul dan tunggal yang mampu mengajar para mahasiswa erti demokrasi dan pilihanraya sebagaiman di dunia luar sana. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya. Alasan ini kebiasaannya terpacul daripada mulut-mulut peminat politik negara; dan biasanya di kalangan orang lelaki Melayu.
Gagasan demokrasi yang ditonjolkan ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa setiap pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor sejauhmana demokrasi dalam diri mahasiswa diaplikasikan adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.
Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang. Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Di samping itu, dalam skop yang lebih besar, kepimpinan negara masa kini sangat memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.
Mari kita selongkari sejarah lepas. Nama-nama pemimpin pelajar seperti (Tun) Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Shabery Cheek, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, semuanya pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar yang dilatih menggunakan demokrasi kampus dan kini berdepan dengan demokrasi negara.
Oleh yang demikian,jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.
menarik ni bolong
BalasPadamklik sini untuk ke blog ku
"sistem pendidikan hari ini melahirkan mahasiswa/siswi yg mindanya terkongkong dan menjadi follower"
BalasPadamsetujukah anda dengan pernyataan sy ini....