Adik baru saya... Love U NABIL...


~9-11 Jun 2011~





hari itu,
ku kenali dirimu di SK Telaga Mas, Pokok Sena,
ku terpandang akan dirimu,
di satu sudut di celah-celah barisan pelajar yang lain,
tersentak jiwa dan sanubariku untuk mendekati.

Tika Itu,
aku cuba mendampingimu,
besar harapan agar kau menerima diriku seadanya,
diriku yang lemah lagi hina,
mengharap dirimu menerima kasih dariku.


Detik demi detik,
aku gembira bila dirimu tersenyum gembira menerimaku,
memelukku menerima diriku seadanya,
sebagai ABANGmu yang baru,
sebagai ABANG yang engkau baharu miliki.

Malam itu,
aku tersentak bila air matamu mengalir akan keinsafanmu,
menitis membasahi pipi dan pakaianmu,
sedih merenung kesilapan dan kekurangan diri,
namun, aku bangga untuk jadi abangmu,

Aku terus mencuba,
lebih memahamimu dan menyayangimu,
cuba untum melakukan yang terbaik untuk dirimu,
mendidik dan membimbingmu ke arah yang lebih baik,
hanya untuk kau faham akan kewajibanmu.

Alhamdulillah,
seketika engkau memelukku,
aku bersyukur sebab ada juga insan yang menerima diriku,
di kala aku sangat-sangat memerlukan kasih seorang insan,
dikala diri ini sepi sendiri.

Engkau yang bergelar ADIK,
sepanjang kita bersama,
aku tidak pernah terhenti untuk cuba melakukan yang terbaik,
buat dirimu yang memerlukan didikan dan bimbingan,
agar yang terbaik untuk kehidupanmu.

Ketahuilah,
saat dan tika ini,
hanya engkau dan wajahmu yang bermain dimindaku,
Sangat sukar bagi diriku untuk melupakanmu,
Amat payah untuk aku menerima perpisahan ini,
sedih menemaniku sepi menyelubungiku.

Ku harap,
Jadilah seorang insan yang bergelar MANUSIA,
agar masa depanmu cerah dan bererti,
kejayaan dan kebahagian sentiasa abg doakan,
untuk mu yang bergelar ADIK ku yang sayangi sepenuh jiwa dan ragaku.

p/s : Nukilan khas untuk adik NABIL. S.K TELAGA MAS, POKOK SENA, KEDAH [11 Jun 2011]

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)