memory Of NataChe [M.O.N] II...

:: sebelum ni sudah aku kasi kenal kan dalam entry sebelum ni ::

entry sebelum ni ===> KLIK

M.O.N ataupun Memory of Natache
kini keluar dengan album pertama mereka
MONDUSIA
means... MANUSIA... MANDUSIA tu dalam bahasa bajau : semporna

copy paste from on9fm.net

EP sulung mereka berjudul

EP sulung mereka berjudul "Mondusia"

Sekian lama pencarian kumpulan dari daerah terpencil barat sabah iaitu Semporna,akhirnya terjawab juga dimana kemunculan sebuah band INDIE yang dikenali sebagai Memory Of Natache a.k.a MON (http://www.facebook.com/MemoryOfNatache )telah tampil dengan EP sulung mereka berjudul MONDUSIA.

Sebenarnya MONDUSIA ini adalah dialek tempatan Bajau Semporna yang membawa maksud MANUSIA.Memang sesuai sekali dan kata orang sabah,NGAM dengan penampilan mereka sebagai pendatang baru dalam scence underground ini.Beberapa hari lepas,kumpulan ini telah berjumpa dengan salah seorang pihak onlinefm untuk tujuan menyerahkan EP mereka untuk tujuan promosi di radio internet OnlineFM.

Ep ini mengambil masa 7 bulan untuk disiapkan dimana terdapat 4 track lagu dan 1 track intro.kumpulan ini menggunakan khidmat komposer yang kian naik namanya sekitar Ibu Negeri Sabah iaitu Mr Jonathan Tse (http://www.facebook.com/tsejon).terdapat 2 track yang telah di rakamkan di studio Mr jonathan Tse iaitu track 2 & 3.dan yang selebihnya band ini rakamkan di studio lain.

Dalam masa terdekat ini,EP ini akan berada di pasaran dan mereka iaitu band ini amat memerlukan support dari pengemar muzik underground untuk membeli dan membuat komen tentang lagu lagu ciptaan mereka.dalam EP ini juga,ada sebuah lagu dirakamkan dalam versi Melayu yang bertajuk MUSNAH.Dimana dengar cerita lagu ini dah lama di cipta dan kini baru berkesempatan direkodkand alam bentuk digital.Ini adalah atas alasan faktor kewangan yang diamalai oleh band ini.bukan mereka sahaja,malah mana mana kumpulan underground pasti ada alasan yang sama denga band ini.

Alhamdulillah,lagu mereka yang bejudul DOSENT MATTER ANYMORE telah pun dikeudarakan di stesen radio tempatan dan kini sedang berhempas pulas menempatkan dalam tangga carta lagu lagu tempatan.Apa pun,undian anda yang menentukan sama ada lagu ini akan bertahan atau sebaliknya.Apa pun,TAHNIAH kepada anak jati kelahiran Semporna kerana telah bangkit dari tidur yang lena dan kini mempunyai semangat kental untuk mempamerkan bakat menera di atas pentas.

Kepada penganjur sekitar malaysian,sudi sudikanlah menjemput mereka menyertai gigs atau sebarang pertunjukkan pentas yang mana mereka amat perlukan pendedahan kepada masyarakat sekeliling akan karya mereka.caranya senang sahaja,anda boleh ke FAN PAGES mereka iaitu http://www.facebook.com/MemoryOfNatache dan cuba berinteraksi dengan mereka.

Teruskan menyokong band band tempatan Malaysia kerana...KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI...

p/s :: harap-harap korang dapat kejar cita-cita korang k.. Love u guys

Ulasan

Catatan Popular