SILAP WANITA

:: 10 sebab yang dapat dirungkai ::

Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.

Sebenarnya ini adalah perkongsian dari buku ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

1) Kesilapan Pertama – Bagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.

2) Kesilapan Kedua – Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?

3) Kesilapan KetigaBertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…

4) Kesilapan KeempatBertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?

5) Kesilapan KelimaBertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.

6) Kesilapan KeenamBertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?

7) Kesilapan KetujuhBertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..

8.) Kesilapan KelapanBertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..

9) Kesilapan KesembilanBertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..

10 ) Kesilapan Kesepuluh – ….

ehsan dari www.zaharuddin.net

Mana yang kesepuluh? Aku galakkan para wanita membeli buku Ustaz Zaharuddin ini kerana penjelasan di dalamnya lebih mantap dan lebih memahamkan. Ada banyak persoalan selain isu tudung ini. Anda tidak akan menyesal dengan RM 21 yang anda akan laburkan untuk buku Untukmu Wanita ini.

Allah SWT Berfirman :

“…hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai kedadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir…” (An-Nur : Ayat 31)


dipetik ===> BLOG


p/s :: banyak lagi sebenarnya, cuma kita perlu berkongsi dan nasihat menasihati

Ulasan

Catatan Popular