EGO dan MANUSIA

:: ego ka kita... cer tengok dan nilai diri ::


Berikut merupakan 15 sifat EGO yang perlu disemak dan dihindarkan dari diri ini.

1. Diberi jawatan rasa terhibur.

2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang.

3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar.

4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat.

5. Emosional dan mudah tersinggung.

6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain.

7. Mudah marah, cepat melenting.

8. Payah menerima pandangan orang lain.

9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan.

10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain.

11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan organisasi yang dipimpin.

12. Suka pandangannya sahaja diterima.

13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota organisasinya agar terserlah kesempurnaan dirinya.

14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.

15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar.

Kita hisab & muhasabah diri masing2, ingatkan aku kalau aku salah. Peace =)

p/s :: just copy paste... untuk tatapan semua...

Ulasan

Catatan Popular