ceRita Pelangi HidupKu....

~aPa iTu peLangi HidupKu...~


MUKADIMAH...
jika kita lihat... semasa hujan turun, mesti semua yang berada ditempat yang terbuka dan kena hujan mesti berlari dan mencari tempat berteduh untuk mengelak diri supaya tidak basah... tetapi, bagi yang membawa payung sendiri... just buka dan jalan seperti biasa.... namun, ada juga segelintir 'manusia yang melatah dan "bising" bila Hujan yang mana merupakan rahmat ini turun membasahi bumi yang panas dan kering ini... contoh, bagi individu yang menjemur kain, menjemur sesuatu mahupun yang bekerja di tengah-tengah kawasan lapang... mesti sakit hati kan bila dah siap jemur, then tiba-tiba hujan turun... tidak kah kita pernah berfikir bahawa ditempat orang terutama di kawasan kering dan panas sepanjang tahun mereka sangat-sangat memerlukan air terutama hujan untuk mendapatkan air sebagai sumber minuman....?




~indahnya tempat nie jika aku boleh berada disini... lapangnya dunia....



::APA yang ingin saya ceritakan kat posT kaLi nie adalah mengenai 7 Warna pelangi hidupku... ::

PELANGI ITU...

Lingkaran pelangi ibarat warna jiwaku,
warnanya yang menerangi hidupku,
penyeri hari-hariku,
menceriakan suasana sekelilingku.

indah sungguh 7 warna warni,,
membentuk satu ikatan yang padu,
bersama menceriakan keresahan hati,
yang dulu kelam kini hidupku.

keriangan warnanya memberi kegembiraanku,
membentuk 7 peribadi hidupku,
menjadi sifat dalam diriku,
memanipulasi tiap kehidupan bahagiaku.

andai hujan lebat yang mendukacitakanku,
ia sebenarnya tidak lama ,
andai kegelisahan menemaniku,
dirimu mampu memberi hidupku ceria.

andai hujan pada ketika ini,
akan ku sabar menunggumu,
tika hujan sudah berhenti,
munculnya dirimu sang PELANGIKU.....

  • MERAH = BERANIKU
  • JINGGA = PERIBADIKU
  • KUNING = POSITIF
  • HIJAU = SUMBER ILHAMKU (ISLAM AGAMAKU)
  • BIRU = KETENANGAN
  • INDIGO = PENDIAM DAN MEMENDAM
  • UNGU = LEMAH-LEMBUTKU

P/S :: WARNA warni hidupku bukan sahaja kepada warna.. namun, lebih dari itu... boleh saya katakan hidupku ini terbahagi kepada 2 sahaja.. HITAM DAN PUTIH... pelangi itulah memberi sinar hidupku...

postBy : boLonganakSempoRna.bLogsPot.com... 10.46 a.m.... 9 Mac 2011

Ulasan

Catatan Popular