~ cara membuat kek batik ~
KEK BATIK
Bahan-bahan :
2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
1 tin susu pekat
7 biji telur
1 cawan gula pasir
1 Buttercup kecil (250g)
6 sudu serbuk koko
6 sudu serbuk Milo
Cara masakan :
01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api
02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar
03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam kuali.. letakkan sedikit air
04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam kuali
tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu,
matikan api
05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul sampai rata
06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah untuk dipotong
07.Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama yang dirasakan cukup
# kalau nak rasa coklat/koko lebih, tambah je ikut suka... nak manis tambah susu pekat2 sikit
p/s :: tak pernah pulak cuba guna telur sebelum ni...takpe, nanti kita cuba erk
Ulasan
Catat Ulasan