Post Yang ke 500

~ Apa yang aku nak kongsikan...? ~

bah, tiada juga la yang special ni
cuma maw cerita2 jak sikit pasal cinta
apa sebenarnya yang kamurang faham pasal cinta
macam2 kefahaman dan maksud yang kita berikan 


bagi aku...
Cinta tu ibarat Jodoh
yang mana, jodoh tu sememangnya ALLAH telah tentukan
so, apa yang aku set dalam fikiran dan hati aku
aku tetap akan ada Jodoh bila-bila masa
kalau ALLAH S.W.T sudah tetapkan dan berikan

bukannya aku maksudkan 
aku pasrah atau hanya berharap
cumanya... aku bukan lah jenis terhegeh2 nak cari apa sebenarnya cinta
biasanya apa yang aku tengok sekarang ni
cinta hanya sekadar dua pasangan yang berkasih dan bersayang
walaupun belum ada ikatan apa2, sudah bersama-sama

cukuplah aku dengan dosa yang aku lakukan selama ini
aku tak nak tambah sudah
walaupun aku tahu apa yang aku lakukan salah... syaitan tetap menghasut untuk melakukannya
dan, aku...
hanya mampu berdoa kepada ALLAH semoga diberi petunjuk dan jalan kebenaran

berbalik kepada kisah CINTA
berbalik la pulak kepada ayat diatas...
"Kalau suka, tidak semestinya bercinta,
Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh,
Kalau ada Jodoh, takkan ke mana jua."

so, aku tetap dengan pendirian aku
biarlah jodoh tu datang sendiri
walaupun sampai ke tua
sebab aku yakin ALLAH akan berikan jodoh yang memang sebenar-benarnya layak untuk diriku yang hina ini, dan, jodoh2 bergelar USTAZAH dan SOLEHAH memang jauh menyimpang bagi diriku
sebab aku tahu aku bukanlah hamba ALLAH yang menurut perintahnya
sebab aku juga selalu leka dan pelupa, asyik dengan keseronokan dunia

itu jer bagi aku pasal CINTA...
tiada apa yang aku fikir... sebab aku masih KOSONG...
bak kata pepatah... "Single is the best Way"

p/s :: ALHAMDULILLAH aku tidak menghampakan HAti seorang wanita yang bergelar KEKASIH

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015