SAYA SAYANG RAKAN MUDA

:: berkecimpung sejak 2007 lagi ::

bukan apa, daerah saya ni lambat sikit dapat informasi..
first program rakan muda kat semporna pun masa saya tgktn 3 kalau tak silap...
saya start join pun 2007
sebab masa tu baru la popular rakan muda kat SEMPORNA,
tu pun kecil-kecilan promosinya...
hahahaaa

:: PERINGATAN... hanya umur 15-25 tahun sahaja boleh menyertai ::

~paling ketua ni... atasan beb~


Sekretariat Rakan Muda IPT

~sempat juga ikut kat UUM.. pegang jawatan exco kesenian dan kebudayaan~

~ni yang utama... Yakin Boleh Gemilang~

~Logo Lama dulu2 bah~


Kelab Rakan Muda Semporna

~kelab kesayangan aku... KELAB RAKAN MUDA SEMPORNA~
~serius ka ni LOGO baru...?~


~8 Gaya Hidup Rakan Muda...~
Sukrelawan Rakan Muda

~Tambahan 3 program baru (tak la baru sangat)...
SUkarelawan...
dah banyak kali ikut pown~

Rakan Muda Jiran Muda

~jiran muda... khas untuk budak2 la~

Wawasan desa

~wawasan desa... ikut program kat UUM jer la..~


~tak sempat nak ikut masa cuti sem hari tu...sedihnya...~

I-Volunteer
~tekini dan penting... tapi apa jak erk program dia... tak sabar nak tunggu~

:: LOGO-LOGO lain ::







:: KAD-KAD KEAHLIAN ::




Ahli yang memohon untuk kali pertama akan mendapat kad keahlian rakan muda klasik
Hanya warganegara Malaysia yang berumur antara 15-25 tahun sahaja yang layak untuk memohon kad keahlian ini.

Kelebihan :

Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah.


Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda klasik boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda emas sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :

-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda klasik melebihi 6 bulan dan menyertai 10 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya hidup Rakan Muda peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) ysng telah mencapai pingat perak.

Kelebihan :
Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.


Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda Emas boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda Platinum sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :

-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda Emas melebihi 6 bulan dan menyertai 20 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti khidmat rakan masyarakat. Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai pingat emas.Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang telah diiktiraf berjasa dan memberi menyumbang besar kepada negara.

Kelebihan :

Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta. Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel pertunjukan, kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa kepada ahli yang ingin menyambung ke IPT, peluang menyertai aktiviti / program lawatan ke luar negeri anjuran Bahagian Rakan Muda.

p/s : kesinambungan Kelab Rakan Muda Semporna nanti saya cerita k... Salam

Ulasan

Catatan Popular